Khamis, 18 Disember 2008

DOWNLOAD LAGU COUPLE

aku suke dengar lagu ni...korang bley download lagu ni ngan just klik kat tajuk lagu ni:

Couple - pergi
Couple - tentang kita

enjoy k!

BOSANNYER NGAN NOTA...JOM KITA DOWNLOAD LAGU

Aku rasa bosan plak asyik amik artikel yang penuh ngan tulisan...pe kata kita download lagu...(amaran: sokonglah industri muzik Malaysia. Belilah yang original)

Ahad, 20 Julai 2008

Ilmu ketenteraan lahirkan generasi berilmu

Oleh HASNURUL MOHAMED
BANGI 21 Jun - Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mengingatkan para pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) supaya meneruskan disiplin ketenteraan dalam kehidupan.
Baginda bertitah, corak kehidupan seorang pegawai tentera yang penuh disiplin, semangat kekitaan dan jati diri yang tinggi akan membantu pegawai kadet Palapes lebih maju dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.
''Ilmu dan pengalaman yang telah diperolehi sepanjang menjalani latihan sebagai Pegawai Kadet Palapes selama tiga tahun ini adalah satu nilai tambah yang boleh membantu diri untuk terus maju, berjaya dan dihormati,'' titah baginda.
Baginda bertitah selepas memeriksa perbarisan sempena Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet Palapes IPTA Ke-27 di Dataran Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.
Perbarisan dihadiri 1,145 pegawai kadet Palapes dari 12 IPTA seluruh negara.
Antaranya termasuk Universiti Kebangsan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Titah baginda, biar apa pun kerjaya yang dipilih, para pegawai kadet diharap meneruskan sumbangan kepada pertahanan negara dengan menyertai pasukan simpanan tentera darat, udara mahu pun laut.
''Sejajar dengan tema 'Pelajar Berilmu Pemangkin Kedaulatan Negara', sebagai rakyat negara ini, anda mempunyai peranan penting untuk sama-sama memberikan khidmat dalam mempertahankan negara dan sentiasa bersedia apabila negara memerlukan khidmat anda,'' ujar baginda.
Baginda seterusnya mengingatkan para pegawai kadet supaya sentiasa memelihara imej, tingkah laku dan keterampilan.
Baginda bertitah, ia perlu supaya program Palapes dapat dikekalkan di samping memaparkan persepsi positif masyarakat terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Anak penjual ikan Pegawai Kadet Terbaik Palapes
BANGI 21 Jun - Keinsafan melihat kesusahan ayah menjual ikan di sekitar Pekan, Pahang menjadi pendorong graduan Ijazah Sarjana Muda bidang Pengajian Al-Quran dan Sunah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ali Musa (gambar), 24, untuk merubah kehidupan keluarganya.
Beliau yang ditauliahkan sebagai Pegawai Kadet Terbaik Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), UKM berkata, kesusahan hidup mengajarnya untuk berusaha dengan gigih supaya dapat membantu meningkatkan ekonomi keluarga.
Anak kedua daripada sembilan orang adik beradik itu berkata, selain menjual ikan di sekitar Pekan dan Kuantan, ayahnya juga menjadi buruh binaan.
''Saya dilahirkan dalam keluarga yang susah dan kerana itulah saya berazam untuk masuk ke universiti supaya apabila keluar nanti, saya boleh bekerja dan membantu meringankan beban ayah,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat majlis Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet Palapes IPTA Ke-27 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) di sini, hari ini.
Majlis disempurnakan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman selaku Canselor UKM.
Sebelum itu, pada sebelah paginya, Tuanku Ja'afar berkenan memeriksa perbarisan Palapes di Dataran Gemilang, UKM, di sini.
Seramai 1,145 orang Pegawai Kadet Palapes dari 12 IPTA seluruh negara menyertai acara perbarisan.
Ali berkata, walaupun minat untuk menjadi anggota tentera begitu mendalam namun sekiranya ditawarkan untuk menjadi pensyarah, beliau tidak menolak.
Sementara itu, Pegawai Kadet Palapes Terbaik Laut dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Farhana Abdul Majid, 22, berkata, kesanggupan menerima dan berhadapan dengan cabaran membuatkannya memilih ketenteraan laut.
''Sejak di bangku sekolah lagi saya aktif dalam kadet polis dan saya akui bukan mudah untuk mengimbang antara pelajaran dengan latihan terutamanya latihan tiga minggu namun saya bersyukur semuanya telah tamat,'' kata penuntut tahun empat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM Shah Alam, Selangor .
Anak bongsu dari lima orang adik beradik yang dilahirkan di Kangar, Perlis ini berkata, dorongan untuk mengikuti latihan ketenteraan laut datang dari pihak universiti sendiri.
Katanya, UiTM giat menggalakkan para pelajarnya yang menjalani latihan Palapes supaya memilih bidang tentera laut.
Siti Noorseri Abdul Razak, 22, Pegawai Kadet Palapes Terbaik Udara, merupakan penuntut tahun keempat, jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.
Beliau berkata, minat dan cita-citanya begitu tebal untuk menjadi seorang pemandu jet pejuang negara pada suatu hari nanti.
''Banyak cabaran yang terpaksa dihadapi jika mahu menjadi pemandu jet pejuang namun itulah minat dan cita-cita yang saya tanam sejak sekian lama,'' kata anak ke-10 daripada 14 orang adik beradik.
Beliau berkata, ketika menjalani latihan udara di pangkalan udara Butterworth, ia merupakan suatu pengalaman yang amat berharga bagi dirinya dan memberi manfaat kepada bidang pengajian yang sedang diikutinya.

Sabtu, 5 Julai 2008

raptai panglima tentera darat sempena pentauliahan diraja pegawai kadet palapes 2008 di UKM



para pegawai muda yang baru ditauliahkan sedang menangkat ikrar setia perwira di dewan canselor tunku abdul razak, UKM

Rabu, 16 April 2008

BIMP-EAGA




BIMP-EAGA atau Kawasan Pembangunan ASEAN Timur diwujudkan pada Mac 1994 bagi menyuntik pembangunan di kawasan kawasan ini yang agak mundur dari segi ekonomi. Kawasan ini meliputi:




Brunei Darussalam


Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan Irian Jaya (Indonesia)


Sabah, Sarawak, Labuan (Malaysia)


Mindanao dan Pahlawan, Filipina (Filipina)




Sejarah


Pada Oktober 1992, Presiden Filipina, Fidel Ramos mengutarakan konsep EAGA kepada ketua kerajaan ASEAN Timur di Brunei. Tiga bulan kemudian, Presiden Ramos sekali lagi membincangkan EAGA bersama Tun Dr. Mahathir Mohamed semasa lawatannya ke Malaysia. Usaha usaha EAGA bermula pada Mei 1993 di mana pegawai kerajaan dan ahli perniagaan dari Mindanao pergi ke Sulawesi dan Sarawak. Pada 1993, EAGA dibincangkan oleh Menteri Kewangan semasa Mesyuarat Menteri Kewangan di Singapura dan sebulan kemudian Sultan Brunei menyatakan persetujuan baginda untuk menyertai EAGA.




BIMP-EAGA BC


BIMP-EAGA BC atau Majlis Perniagaan EAGA merupakan komponen swasta BIMP-EAGA. Badan ini dikorporatkan di Brunei Darussalam pada 1996. Pada 2001, pejabat sekretariat BIMP-EAGA BC dipindahkan ke Kuching, Sarawak.


Majlis Perniagaan BIMP-EAGA mewakili sektor swasta dan bertindak sebagai penggerak dalam mempromosikan perdagangan dan pelaburan dalam dan luar EAGA.




Sukan BIMP-EAGA


Sukan BIMP-EAGA diadakan buat pertama kalinya di Filipina pada tahun 1996 dan yang kedua di Brunei pada 1997. Sukan ini dilupakan buat sementara waktu, tetapi dihidupkan kembali pada 2003.


1996 Manila, Philippines


1997 Bandar Seri Bagawan, Brunei


2003 Puerto Princessa, Philippines


Sukan BIMP-EAGA yang keempat akan diadakan di Sabah, Malaysia. Sukan ini dijadualkan pada 13 hingga 15 September 2004 di Kompleks Sukan Kota Kinabalu.



PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA










ASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of
Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia
Tenggara
. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama
serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November.






Prinsip Utama ASEAN






Prinsip prinsip utama
ASEAN digariskan seperti berikut:



Hormat terhadap
kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua
negara



Hak untuk setiap
negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar,
subversif atau koersion (coerion)



Penyelesaian
perbezaan atau perdebatan dengan aman



Menolak penggunaan
ketenteraan



Kerjasama effektif
antara anggota





Ahli ASEAN





Kini ASEAN dianggotai
oleh hampir semua
negara
di Asia Tenggara kecuali Timor Timur dan Papua New Guinea. Negara-negara anggota
adalah seperti berikut:
Brunei Darussalam
Filipina
Indonesia
Kemboja
Laos
Malaysia
Myanmar
Singapura
Thailand
Vietnam






SEJARAH ASEAN



Untuk rencana
lanjutan, lihat
Sejarah
ASEAN



ASEAN ditubuhkan oleh
lima negara pengasas; Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses penandatanganan satu
perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri luar ketika itu
ialah Adam Malik (Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina), Tun Abdul Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand).



Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984
iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekan. Hanya selepas 11 tahun kemudiannya
ASEAN menerima ahli baru. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai
1995, Laos dan Myanmar menjadi ahli dua tahun kemudianya, iaitu pada
23 Julai 1997. Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama sama Myanmar dan Laos, Kemboja terpaksa menarik diri disebabkan masalah
politik dalam negara tersebut. Namun, dua tahun kemudiannya Kemboja menyertai
semula ASEAN pada 30 April 1999.






Timor Leste



Negara baru Timor Leste, dahulunya dalam Indonesia, terpaksa
berhempas pulas untuk mendapat status pemerhati dalam ASEAN. Namun, banyak
negara dalam ASEAN tidak menyokong penglibatan Timor Leste pada akhir 1990-an atas rasa hormat kepada Indonesia. Myanmar,
terutamanya, menentang pemberian status pemerhati kepada Timor Leste kerana
sokongan Timor Leste terhadap perjuangan Aung San Su Kyi.



Sejak kemerdekaan
Timor Leste pada Mei 2002, ASEAN telah banyak membantu negara baru ini. Timor
Leste telah dijemput untuk hadir dalam beberapa mesyuarat ASEAN.
Walaubagaimanapun, Timor Leste masih dilantik sebagai negara pemerhati.



ASEAN dianggar merangkumi 500 juta orang dan
merangkumi kawasan seluas 4.5 juta kilometer per segi.


SEJARAH ASEAN

ASEAN mula dibentuk dengan penubuhan sebuah organisasi dikenali sebagai Persatuan Asia Tenggara (Association of Southeast Asia atau ASA) yang dianggotai oleh Filipina, Malaysia dan Thailand pada tahun 1961. ASA merupakan asas kepada pembentukan ASEAN sekarang.

Akibat daripada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pertikaian berlaku khususnya antara Indonesia dan Filipina yang menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru. Ini kerana mereka mendakwa Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian daripada masing-masing Filipina dan Indonesia.

Oleh kerana pertikaian tersebut, munculnya slogan Ganyang Malaysia yang membawa kepada konfrantasi pada 1965-1966 oleh Indonesia.
Selepas tamatnya konfrantasi tersebut, semua negara-negara Asia Tenggara bersepakat untuk mewujudkan persefahaman untuk memberi ruang kepada semua negara-negara terbabit bersatu dalam perkara yang melibatkan kepentingan bersama.

Maka, pada 8 Ogos 1967, lima pemimpin - Menteri Luar Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand ( Adam Malik, Narciso R. Ramos, Tun Abdul Razak, S. Rajaratnam, dan Thanat Khoman) - duduk bersama di dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar di Bangkok, Thailand dan menandatangani satu dokumen yang kini dikenali sebagai Deklarasi ASEAN.

AFTA, ASEAN DAN BEBERAPA PERKARA PENTING DALAM PERSIDANGAN ASEAN

AFTA strategi kawal harga barang


PUTRAJAYA 24 Mac – Malaysia tidak menolak kemungkinan mengguna pakai Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) bagi memudahkan kemasukan barangan makanan sebagai strategi menangani kenaikan harga barang di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, walaupun ramai menyedari kewujudan AFTA menerusi pengecualian tarif produk asing tertentu sejak 2003, namun masih ada menganggap barang keperluan tempatan terbaik hanya boleh diperoleh dari sempadan negara.

Dalam konteks ini, kata beliau, pasaran dalam negara ini sememangnya kecil sekali gus memudahkan harga barang dikawal oleh pengilang.

Justeru, beliau menyifatkan kawalan harga ke atas barangan keperluan sebagai tidak realistik selagi kerajaan tidak mengekang faktor bekalan oleh pengilang.

"Masalahnya kenaikan harga bergantung kepada soal bekalan yang diimbangi permintaan.

"Jika dibenarkan banyak produk (makanan) dibawa masuk ke negara ini dengan membuka pasaran menerusi AFTA, maka satu sistem kawalan harga mungkin diperoleh," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis serah tugas daripada bekas menteri, Datuk Mohd. Shafie Apdal yang kini mengetuai Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan di sini hari ini.

AFTA yang dipersetujui oleh ketua-ketua kerajaan ASEAN pada Oktober 2003 merupakan usaha bersepadu untuk mewujudkan satu pasaran serantau melalui Masyarakat Ekonomi ASEAN (AEC) yang terkandung di dalam Deklarasi Bali Concord II.

Melalui deklarasi itu, Asia Tenggara akan menjadi satu pasaran barangan negara-negara anggota yang antara lain memudahkan kemasukan barangan, perkhidmatan, pelaburan dan modal menjelang 2010.

Menurut Shahrir, pihaknya juga menyambut baik penubuhan Majlis Harga Negara (MHN) awal tahun ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mengekang kenaikan harga barang.

"Ini bermakna ada asas kesediaan (menanganinya) dan perlu ada penyelarasan semua kementerian ke arah mendapatkan satu harga yang munasabah untuk pengguna.

"Penyelarasan ini bukan tanggungjawab kementerian ini semata- mata tetapi melibatkan penyertaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi," katanya.


Nissan yakin raih manfaat AFTA


KUALA LUMPUR 22 Mac - Pengeluar kereta ketiga terbesar di Jepun, Nissan yakin sepenuhnya akan dapat meraih manfaat-manfaat daripada integrasi serantau menerusi inisiatif seperti Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nissan Motor Company, Carlos Ghosn berkata, dengan menyatukan 10 pasaran ekonomi, AFTA mewujudkan pemain penting dalam ekonomi serantau dan global.

Menurutnya, rantau ASEAN muncul sebagai pasaran yang menarik dan cergas bagi jualan kenderaan-kenderaan Nissan, setelah mencatat pertumbuhan 25 peratus tahun lalu.

Beliau berkata, rantau ASEAN sudah cukup besar bagi menyokong operasi pemasangan tempatan (CKD) pelbagai jenama kenderaan yang bersaing bagi menyediakan pengguna dengan pilihan dan nilai terbaik.

''Oleh itu, kami menyokong sepenuhnya penyatuan serantau sebagai situasi menang-menang bagi Malaysia, pengguna dan perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa melawat kilang pemasangan Nissan milik Tan Chong Motor Holdings Bhd. di Serendah, dekat sini semalam.

Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng.

Menjawab soalan pemberita, Ghosn berkata, perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang bakal dilaksanakan antara Malaysia dan Jepun, hanya akan benar-benar berkesan jika penurunan tarif import dibuat sama dengan cukai eksais.

Namun, ujar beliau, apa yang lazim berlaku ialah cukai eksais dinaikkan, sekali gus menidakkan kemungkinan kereta-kereta buatan Jepun diimport terus ke Malaysia.

''Memang benar jika FTA menurunkan tarif dan katakan cukai eksais juga diturunkan, ia menjadikan operasi CKD tidak menguntungkan.

''Bagaimanapun, syarikat pengeluar kereta pula terdedah kepada risiko turun naik nilai tukaran mata wang dan ia sesuatu yang mesti dielakkan berlaku," katanya.

Dalam konteks ini, Ghosn berkata, operasi CKD adalah satu kaedah terbaik bagi membolehkan kereta-kereta import bersaing di sesebuah negara.

Kata beliau, produk-produk yang menarik dan kukuh akan menjadi kunci bagi Nissan untuk mencapai pertumbuhan berterusan dan menguntungkan di negara ini.

Menurutnya, matlamat-matlamat perniagaan yang jelas, strategi pengenalan produk yang jitu dan tepat pada masanya, dan rangkaian operasi perkhidmatan yang sempurna merupakan pemacu utama di sebalik perkongsian dinamik antara Nissan dan rakan tempatan, Tan Chong Motor.

''Tan Chong Motor telah mewakili Nissan di Malaysia sejak 50 tahun lalu dan pencapaian mereka adalah membanggakan.

''Pada Januari lalu, Nissan mencatat jualan bulanan tertinggi di Malaysia sejak 1985 iaitu sebanyak 3,093 unit. Dan dengan lebih 10,000 tempahan bagi Grand Livina, kita boleh mengharapkan pertumbuhan yang lebih di masa mendatang," kata Ghosn.

Pencapaian tersebut, ujarnya, didorong terutamanya oleh produk-produk baru yang diperkenalkan di Malaysia tahun lalu, akan menjadi asas kepada pertumbuhan seterusnya.

Katanya, Nissan telah secara progresif meluaskan pilihan produknya di Malaysia dengan pengenalan produk-produk baru termasuk Latio dan Latio Sport, MPV bersaiz pertengahan Grand Livina dan Sylphy serba baru yang akan diperkenalkan pada suku kedua tahun ini.

''Kami akan mengukuhkan kedudukan kami di Malaysia dengan membawa produk-produk yang memenuhi kehendak dan selera pelanggan-pelanggan kami.

''Produk-produk ini, akan menawarkan para pelanggan pilihan pelbagai dan bermutu dari dunia Nissan, bakal disokong oleh perkhidmatan terbaik dalam semua fasa pengalaman pemilikan," katanya.

Nissan, 44 peratus ekuitinya dikuasai oleh syarikat pengeluar kereta Perancis, Renault diterajui oleh Ghosn sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya.


Rundingan FTA Malaysia-AS peringkat teknikal



KUALA LUMPUR 8 Mei – Rundingan Perjanjian PerdaGangan Bebas (FTA) antara Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) kini telah sampai ke peringkat teknikal.

Justeru, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, beberapa tuntutan dari negara itu boleh diberi pertimbangan seperti memudahkan urusan perdagangan dan proses kastam.

Bagaimanapun katanya, terdapat juga permintaan AS yang tidak boleh dipertimbangkan kerana bercanggah dengan dasar-dasar negara sedia ada atau melebihi apa yang ditawarkan dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) atau dalam Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

"Ingin ditegaskan bahawa tanpa perjanjian perdagangan bebas dua hala dengan Amerika Syarikat, dijangka negara akan kehilangan peluang untuk meningkatkan eksport di pasaran negara itu serta meningkatkan perdagangan dua hala.

"Kita juga akan kehilangan peluang menarik lebih banyak pelaburan dari Amerika Syarikat serta negara-negara ketiga yang ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran dan eksport negara mereka," kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Datin Nor Hayati Onn yang ingin tahu adakah kerajaan mengkaji nasib rakyat setelah FTA dengan AS ditandatangani pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Rafidah menegaskan, Malaysia akan sentiasa membuat keputusan berdasarkan kepentingan negara dan tidak langsung dikongkong oleh sebarang had masa yang ditetapkan oleh AS.

Katanya, sungguhpun kuasa Trade Promotion Authority (TPA) akan tamat tempohnya pada penghujung bulan Jun ini, pihak AS masih bersedia meneruskan rundingan dengan Malaysia tanpa dikongkong oleh apa-apa jangka masa.

TPA adalah kuasa yang diberikan kepada pihak pentadbiran Amerika Syarikat untuk merundingi perjanjian seperti FTA secara pantas.

Beliau juga mengulangi pendirian kerajaan bahawa dalam proses rundingan mana-mana FTA dua hala, ada beberapa perkara asas yang tidak boleh ditolak ansur iaitu perkara-perkara yang melibatkan Dasar Ekonomi Baru dan agenda bumiputera.

Selain itu, katanya, perkara-perkara yang menyentuh kuasa kerajaan seperti merumus dan melaksanakan dasar-dasar tertentu negara untuk kepentingan rakyat dan negara juga tidak boleh dirundingi.

Rafidah memberitahu, bagi memperkukuhkan kedudukan Malaysia dan menjaga kepentingan negara serta untuk mengurangkan kesan persaingan import daripada rakan FTA ke atas industri tempatan, kerajaan mengamalkan pendekatan seperti liberalisasi sektor-sektor barangan dan perkhidmatan yang dilakukan secara beransur-ansur.

Kata beliau, kerajaan menyediakan tempoh masa yang cukup bagi liberalisasi sektor perkilangan dan perkhidmatan untuk membolehkan industri tempatan membuat perubahan untuk kekal berdaya saing.

Kerajaan juga, kata beliau, turut memperuntukkan langkah-langkah perlindungan bagi melindungi industri tempatan daripada kemudaratan dengan kemasukan import yang mendadak.

Menyentuh berhubung rundingan, beliau memberitahu, ia dijalankan dalam 19 kumpulan yang diketuai oleh kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan.

Rafidah berkata, Malaysia telah mengemukakan senarai 600 produk yang hendak dirundingkan bagi memasuki pasaran AS dengan diberi layanan istimewa seperti tanpa apa-apa tarif atau cukai import.

AS pula, katanya, mengemukakan 561 produk perkilangan di mana potongan tarif bagi 114 produk akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun selepas perjanjian dimeterai.


FTA: Di mana hala tuju Malaysia?


KAWASAN Perdagangan Bebas (FTA) terbentuk menerusi kerjasama antara dua atau lebih negara yang pada dasarnya bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang tarif atau mengurangkan tarif ke atas semua produk ataupun sejumlah produk yang diperdagangkan di antara negara-negara terbabit.

Malaysia adalah antara negara yang aktif membentuk kerjasama seperti ini. Setakat hari ini Malaysia telah melaksanakan empat pendekatan untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam perdagangan dunia iaitu:

Menerusi kerjasama ekonomi-politik serantau - Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Menerusi blok dagangan serantau - Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

Menerusi kerjasama perdagangan pelbagai hala di peringkat global - Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)

Menerusi perjanjian dua hala - FTA.

Rundingan-rundingan di peringkat kepimpinan tertinggi negara, menteri-menteri perdagangan antarabangsa dan industri, dan pegawai-pegawai kanan kerajaan di antara negara-negara terbabit masih berlangsung dan harus diteruskan dari semasa ke semasa. Usaha ini wajar menjadi agenda semua pihak dan keadilan untuk semua harus menjadi asas utamanya. Dengan kata lain kesanggupan negara terbabit untuk merealisasikan konsep menang-menang pasti mewujudkan iklim perdagangan yang lebih sihat dan harmoni suatu hari nanti.

Namun demikian adalah diakui akan kesukaran untuk mewujudkan dan menggerakkan blok-blok dagangan yang berteraskan kesatuan seperti NAM dan OIC, serantau -ASEAN-AFTA, dan pelbagai hala - WTO secara menyeluruh kerana kebanyakan negara terbabit lebih terikat dengan mentaliti mementingkan diri sendiri.

Secara amnya selagi kecenderungan ini masih menebal di kalangan negara terbabit maka selagi itulah sukar untuk membentuk satu kawasan perdagangan yang bebas dan adil. Dengan kata lain program pengintegrasian ekonomi perlu disokong dengan program pengintegrasian dan pemahaman sosio dan budaya negara-negara yang terbabit juga.

Di atas kesukaran itu jugalah buat masa ini Malaysia mengambil langkah membentuk FTA dua hala iaitu dengan negara-negara tertentu sejajar dengan kepentingan ekonominya. Pada dasarnya pendekatan ini lebih berkesan dan mudah dilaksanakan. Sehingga kini Malaysia telah dan sedang merancang untuk melaksanakan perjanjian perdagangan dua hala FTA dengan Pakistan, Jepun, Chile, dan Amerika Syarikat (AS). Manakala melalui ASEAN, Malaysia sedang merundingkan FTA dengan Korea, Australia, New Zealand, China dan India.

Namun demikian Malaysia amat optimis bahawa kerjasama ini kemudiannya akan membawa kepada penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Timur (EAFTA) yang dibentuk daripada satu jaringan beberapa FTA yang lebih kecil termasuk ASEAN-China FTA, ASEAN-Jepun FTA, ASEAN-Korea FTA, Jepun-China FTA, Jepun-Korea FTA dan China-Korea FTA.

Globalisasi

East Asia Summit (EAS) turut diharap mampu menjadi landasan yang lebih berkesan dalam membincangkan sesuatu perkara mengenai kepentingan ASEAN dan negara-negara Asia Timur iaitu China, Jepun dan Korea Selatan terutamanya dalam sektor perdagangan. Ini sekali gus diharap dapat mewujudkan pakatan yang lebih mantap bagi menghadapi cabaran globalisasi.

Produk-produk yang menjadi tumpuan perbincangan untuk setiap bentuk kerjasama FTA itu adalah berbeza-beza. Antara produk-produk yang sering dibincangkan oleh Malaysia dalam pembentukan FTAnya dengan negara tertentu ialah produk berasaskan pertanian, telekomunikasi, kewangan hak paten, kelengkapan elektrik, minyak sawit, peralatan optik dan instrumen, perubatan, perhutanan, penternakan haiwan dan perikanan, hartanah, borong dan peruncitan di samping berbagai-bagai produk lagi.

Namun demikian jika rundingan itu menggunakan kaedah blok perdagangan serantau seperti ASEAN FTA maka produk-produk yang dibincangkan dalam rundingan tersebut adalah berteraskan produk-produk yang dikeluarkan oleh negara-negara ASEAN itu.

Di samping itu perjanjian sepenting pembentukan FTA ini pastinya mengambil kira segala aspek kerana implikasinya bukan sahaja dapat dilihat dari sudut ekonomi tetapi politik dan juga sosial. Oleh itu kepentingan-kepentingan golongan tertentu seperti petani yang masih dikategorikan sebagai golongan berpendapatan rendah akan sentiasa dilindungi. Isu beras yang cuba dimainkan oleh sesetengah pihak yang mengatakan akan berlaku lambakan beras dari AS di pasaran negara adalah tidak berasas sama sekali. Ini kerana beras tidak pernah disenaraikan dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas antara kedua-dua negara. Apa yang berlaku harus menjadi pengajaran kepada semua supaya perlunya perkongsian maklumat dilakukan secara menyeluruh. Penggunaan media elektronik dan cetak untuk menyebar maklumat terus kepada rakyat harus terus ditingkatkan.

Pelaksanaan FTA bergantung kepada apa yang termaktub dalam sesebuah perjanjian itu. Apabila termeterainya sesebuah FTA itu maka segala polisi perdagangan terdahulu terhadap produk-produk yang tersenarai dalam FTA akan terbatal. Namun demikian pembentukan FTA itu selalunya mengambil masa yang lama untuk dimeterai dan puncanya adalah jelas iaitu terlalu banyak aspek yang harus dihalusi. Sebagai contoh hasil rundingan FTA di antara Malaysia dan AS akan hanya dimeterai pada 2010. Pada dasarnya lebih kompleks dan rumit faktor yang dirundingkan itu maka lebih lamalah masa yang diperlukan.

Senario sikap berhati-hati ini dapat dilihat dengan jelas dalam konteks ASEAN sendiri kerana masih terdapat negara-negara yang masih belum membuat komitmen terhadap Kawasan Dagangan Bebas ASEAN (AFTA). ASEAN dianggotai oleh Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Kurangnya semangat ASEAN yang tinggi dalam aspek keterbukaan ekonomi harus diatasi dengan segera kerana cepat atau lambat ASEAN perlu bergerak sebagai satu entiti jika ia ingin terus menjaga kebajikan negara anggotanya dan rantau ini.


Produk


Adalah jelas bahawa FTA yang berjaya akan memudahkan perdagangan dan pelaburan serta melancarkan aktiviti eksport negara terbabit. Malaysia sebagai contohnya akan mempunyai hubungan perdagangan lebih baik dengan AS apabila FTA dengan negara berkenaan dimeterai pada 2010. Dengan kata lain produk-produk Malaysia akan lebih mudah memasuki pasaran negara itu berbanding para pesaingnya yang tidak mempunyai hubungan FTA dengan negara terbabit.

FTA harus dilihat lebih kepada usaha membuka pasaran dan menurunkan ataupun menghapuskan tarif sahaja tetapi hendaklah secara lebih menyeluruh. Di sinilah perlunya agensi yang terlibat secara langsung dalam pembentukan FTA secara khususnya memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan lagi dalam mendidik masyarakat tentang apa itu FTA dan implikasinya kepada negara, bangsa dan individu itu sendiri.

Kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dari berbagai latar belakang dan pertubuhan bukan kerajaan wajar dibentuk kerana pendekatan sedemikian akan mempercepatkan proses pemahaman rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat terhadap isu ini.

Rakyat harus diberi kefahaman sebaiknya tentang perlunya mereka meningkatkan daya produktiviti dan kualiti iaitu sehingga mampu bersaing secara terbuka dalam FTA yang dibentuk. Rakyat wajar melihat FTA sebagai satu peluang besar untuk mereka menjadi pemimpin atau pemain utama dalam sesuatu industri itu. Program-program pengkomersialan berkapasiti tinggi dan bermutu tinggi harus dijadikan budaya.

Mentaliti kerajaan akan terus melindungi sektor tertentu membuatkan mereka yang berada dalam sektor itu terus berasa selesa dan berkemungkinan tidak mahu memajukan diri ke tahap tertinggi. Sektor pengeluaran beras umpamanya yang mendapat perlindungan kerajaan dalam semua rundingan FTAnya harus melihat perlindungan itu sebagai satu kelemahan dan bukannya kelebihan.

Sifat tidak mahukan perlindungan istimewa pada setiap masa wajar dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. Rakyat dan negara harus merenung apakah corak pertanian negara yang ingin dibangunkan untuk 100 tahun akan datang. Jika jawapannya negara mahukan warga tani berilmu dan berdaya saing hingga ke tahap global maka usaha itu harus digembleng dari hari ini dan di usia muda. Begitulah juga dengan sektor-sektor lain.

FTA bukanlah satu perkara yang menakutkan sekiranya seluruh rakyat Malaysia tahu peranan mereka. Kerajaan sewajarnya terus melindungi sektor-sektor yang masih lemah tetapi usaha berterusan dan secara komprehensif untuk memajukan sektor terbabit harus dikenal pasti dan dilaksanakan. Lihatlah FTA sebagai peluang dan bukannya ancaman. FTA itu wajar dilihat bukan hanya terbatas untuk tujuan mengeksport produk keluaran negara iaitu ke negara kerjasamanya tetapi kesempatan untuk syarikat-syarikat dari negara ini mengembangkan perniagaan mereka dan melabur di negara terbabit.

Oleh itu semua golongan perlulah bersifat optimis dan bukannya mengambil kesempatan untuk mengucar-ngacirkan keadaan terhadap segala usaha kerajaan dalam membentuk dan merealisasikan FTA dengan negara-negara maju seperti AS, Eropah, Jepun, Korea Selatan dan kuasa ekonomi dunia yang baru seperti China dan India.



PULAU PINANG 2 Dis. – Ekspo Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) yang bakal berlangsung pada 5 hingga 9 Disember depan, bakal menjadi platform bagi usahawan tempatan dan antarabangsa mempamerkan produk masing-masing.

Ekspo yang berlangsung di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) itu dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan dihadiri lebih seribu tetamu asing serta tempatan.

Pengerusi Bersama Penganjur, Datuk Rosli Jaafar berkata, ekspo selama lima hari itu bukan sahaja menampilkan pelbagai usahawan kecil dan sederhana dari Thailand dan Indonesia malah ia turut menampilkan kepelbagaian produk dari lapan negeri di negara ini.

"Sehingga hari ini, lebih 170 syarikat telah memberi persetujuan untuk turut serta dalam pameran itu dengan menampilkan kraftangan, produk makanan halal, perkhidmatan dan barangan pengguna," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ekspo IMT-GT itu mendapat sokongan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menerusi Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.


Piagam penting bagi ASEAN




SINGAPURA 19 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua pihak melihat Piagam ASEAN daripada perspektif yang lebih luas dan tidak tertumpu kepada isu Myanmar semata-mata.

Perdana Menteri berkata, pemeteraian piagam tersebut merupakan satu detik penting bagi ASEAN memperkasakan diri sebagai pertubuhan serantau yang kini mempunyai identiti perundangan melalui pegangan bersama.

Beliau yakin Piagam ASEAN yang akan ditandatangani oleh semua ketua negara anggota ASEAN pada sidang kemuncak ke-13 di sini esok akan membolehkan perkumpulan 10 negara dengan 570 juta penduduk itu muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi yang kuat.

''Kita tidak mahu ada pihak berbalah tentang kedudukan Myanmar itu, (hinggakan) piagam yang hendak kita wujudkan itu diketepikan,'' katanya mengulas kritikan berhubung pendirian ASEAN untuk tidak mengambil tindakan terhadap Myanmar di tengah-tengah kecaman masyarakat antarabangsa ekoran pencabulan hak asasi manusia dalam kejadian rusuhan berdarah di negara itu September lalu.

Abdullah bercakap kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Hotel Shangri-la, tempat berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN Ke-13 di sini hari ini.

Menteri-menteri luar ASEAN hari ini menerima dan mengesahkan dokumen penting tersebut yang telah disemak semula tanpa ulasan lanjut. Piagam itu akan ditandatangani oleh kesemua ketua negara esok.

Abdullah yakin dengan adanya piagam sebagai pegangan bersama, ia akan membawa ke arah integrasi yang seterusnya mempercepatkan proses merealisasikan pembentukan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

Dalam hal ini, katanya, ASEAN tidak mahu menjadikan isu Myanmar sebagai batu penghalang kepada badan serantau itu untuk memberi tumpuan terhadap perkara-perkara lain yang dapat mengukuhkan kerjasama ekonomi dalam pelbagai bidang.

''Walau apa pun pandangan yang diberikan, yang pentingnya ialah apa yang diputuskan bersama pada peringkat menteri iaitu untuk tidak boleh mengecualikan (Myanmar),'' katanya.

Piagam ASEAN merupakan dokumen penting yang akan memberi identiti perundangan kepada badan serantau itu.

Pemeteraian dokumen tersebut tatkala ASEAN menyambut ulang tahun ke-40 penubuhannya menjadi mercu tanda kesepakatan gagasan itu untuk selepas ini bergerak di bawah satu rangka kerja perundangan dan institusi yang sama.

Piagam itu antara lain menggariskan kesungguhan negara anggota untuk bersatu di bawah satu visi, identiti dan komuniti tetapi pada masa yang sama menghormati prinsip-prinsip asas kerjasama ASEAN untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota dan proses membuat keputusan berdasarkan konsensus


Koridor Utara pusat logistik IMT-GT


DASAR pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Koridor Utara) yang turut memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan tahap infrastruktur dan rangkaian perniagaan akan menjadikan wilayah ini sebagai pusat logistik untuk kawasan Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT).

Ia juga selari dengan misi dan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara khususnya sebagai pusat terulung infrastruktur dunia dan hab logistik, pengangkutan dan perdagangan memperlengkapkan untuk perhubungan dan perkhidmatan di rantau ini.

Dasar perlaksanaan itu meliputi tahap untuk perhubungan luar seperti memperkukuhkan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan terkemuka di IMT-GT dalam membangunkan keupayaan perkapalan pesisir pantai supaya sistem penghantaran antara kapal dan kontena di tingkatkan.

Pengukuhan ini membuktikan serta menaiktaraf kedudukannya sebagai sebuah pelabuhan yang menjadi perantara dan pilihan di antara pelabur-pelabur.

Bagi merealisasikan peranan dan matlamat sebagai sebuah pelabuhan yang terkemuka, beberapa langkah yang efisien telah diambil oleh pengurusan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) menerusi Penang Port Sdn. Bhd dalam melaksanakan projek pembangunan pelabuhan melalui pendalaman dermaga dan pelebaran limbungan kontena bagi menampung pertambahan yang sedia ada.

Namun perlaksanaan itu juga meliputi pengembangan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang yang menjadikan kedudukan negeri itu strategik sebagai hab untuk mengeksport dan mengimport barang dan perkhidmatan kargo udara terulung di IMT-GT.

Pelan pembangunan perluasan itu mencakupi pembinaan terminal dan kargo bagi mengatasi masalah kesesakan trafik dan secara pelan komprehensif itu, akan diperbesarkan bagi menampung pertambahan bilangan penumpang dan kargo yang sudah tentu bertambah apabila pelbagai projek dilaksanakan dalam Koridor Utara.

Kewujudan pembangunan terminal ini merealisasikan peranan dan matlamat dalam menarik minat pelabur-pelabur asing ke Pulau Pinang.

Dalam pada itu, kerajaan telah merangka dalam meningkatkan rangkaian perniagaan dengan kemudahan pelabuhan khususnya menjadi pusat pemprosesan pengagihan bagi menambah hasil pertanian dari kawasan pedalaman di Sumatera dan Thailand. Di samping itu, Pulau Pinang juga akan dijadikan sebagai pelabuhan bagi syarikat perkapalan perdagangan laluan utara dan barat.

Pengedaran

Sistem perhubungan akan ditingkatkan supaya hasil aktiviti-aktiviti ekonomi dalam Koridor Utara dapat diedarkan dengan berkesan di samping menambah nilai kepada wilayah dengan mempertingkatkan perkhidmatan pengedaran IMT-GT, Koridor Timur dan Lembah Kelang.

Ia bagi membolehkan kawasan luar bandar merealisasikan pembangunan mampan memerlukan jaringan perhubungan jalan raya di antara kawasan bandar pekan dan kampung.

Ia juga meliputi pembangunan yang melibatkan golongan pekerja dan pelancong yang menggunakan pengangkutan awam.

Untuk itu, sistem pengangkutan awam perlu di pertingkatkan agar dapat menjadi alternatif utama bagi menggantikan pengangkutan persendirian yang merupakan penyebab kepada masalah kesesakan lalu lintas.

Dua program perlaksanaan telah dikenalpasti untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan di Koridor Utara - antaranya mempertingkatkan hubungan pengangkutan dalaman iaitu membina dan menaik taraf jalan raya serta mempertingkatkan sistem pengangkutan awam.

Pada masa yang sama perhubungan nasional dan antarabangsa akan dipertingkatkan melalui peluasan infrastruktur jalan raya, kereta api, pelabuhan dan lapangan terbang.

Perlaksanaan ini melibatkan sistem aliran trafik khususnya di kawasan-kawasan perindustrian, zon pertanian, zon makanan persisiran pantai, pusat-pusat bandar dan pusat logistik utama dalam kawasan koridor utara.

Selain itu juga, perancangan untuk mewujudkan satu sistem pengangkutan baru diperluaskan bagi meningkatkan perhubungan antara masyarakat.

Perhubungan maritim dipertingkatkan kepada peluasan dan permodenan Pelabuhan Pulau Pinang dan pesisir pantai lain seperti Kuala Kedah dan Pulau Langkawi untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara Indonesia, Thailand dan Myanmar.


ASEAN semakin dinamik



PERTEMUAN di pelbagai lokasi di Pulau Cebu, Filipina berakhir dengan tenang dan tanpa gangguan manakala senyuman dapat dilihat pada wajah di kalangan 16 pemimpin negara dan kerajaan Asia Tenggara, Timur dan Selatan. Jika kehadiran sebahagian besar pemimpin diiringi hujan sepanjang penghujung minggu lalu, kepulangan mereka diiringi sinaran matahari – satu petanda rahmat dan sinaran, yang turut menjadi kepercayaan penduduk Filipina, bahawa persekitaran positif akan dirasai untuk meletakkan ASEAN dalam kedudukan yang lebih kukuh dan mantap.

Keyakinan ini turut dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-11 dan Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo yang merupakan Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN kali ini pada sidang akhbar di hari terakhir pertemuan kali ini.

Abdullah merumuskan, jika segala potensi dan sumber di rantau ASEAN yang mempunyai lebih 500 orang penduduk manakala India dan China, antara negara peserta Sidang Kemuncak AsiaTimur dengan penduduk melebihi dua bilion digunakan, akan "muncul wilayah yang lebih maju berbanding Eropah."

Arroyo yang kelihatan lebih ceria kelmarin berbanding sebulan lalu iaitu apabila sidang kemuncak ditangguhkan ekoran ancaman taufan Utor dan kemungkinan kerana kebimbangan serangan pengganas mengikut sesetengah pihak, pula menganggap pertemuan kali ini memperlihatkan rantau ini "terus menuju ke arah wilayah yang dinamik dengan kerjasama yang semakin meluas dan berkembang."

Penangguhan tersebut merupakan kali pertama dalam sejarah ASEAN yang genap ulang tahun ke-40 penubuhan tahun ini. Ia tidak disangka oleh sesiapa. Tetapi ia memberi satu hikmah kepada semua untuk memastikan hasil perjalanan adalah baik dan memanfaatkan semua.

Bagi Malaysia Sidang Kemuncak Ke-12 adalah satu kejayaan yang boleh dianggap sebagai 'kebanggaan peribadi, bersama dan serantau'.

Dua perkara yang dibincangkan dan diterima bersama memperlihatkan kemajuan signifikan dari Kuala Lumpur. Pertamanya, usaha ke arah merealisasikan penggubalan Piagam ASEAN.

Dalam tempoh setahun, Kumpulan Tokoh-Tokoh Terkemuka (EPG) yang diketuai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam telah mengemukakan laporan komprehensif berkaitan dan tindakan susulan akan diambil Pasukan Petugas Peringkat Tinggi (HLTF) untuk menyediakan Piagam ASEAN menjelang November ini.

Piagam ASEAN disyorkan menjadikan tema Sidang Kemuncak ASEAN Ke-11, Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti dijadikan slogan tetap ASEAN dalam usaha melahirkan Komuniti Asia Timur (EAC).

Keduanya, mesyuarat susulan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) yang kesemua negara peserta yang hadir di Kuala Lumpur kembali melahirkan komitmen mereka kelmarin.

Indonesia diwakili oleh menteri penyelarasan ekonomi selepas presidennya kembali awal ke tanah air.

Kehadiran pemimpin negara EAS untuk menyertai sidang kemuncak setengah hari menunjukkan komitmen mereka untuk menjayakan idea EAS yang bergerak dari usaha Kuala Lumpur.

Piagam ASEAN dan EAS merupakan dua agenda penting kali ini, susulan daripada pertemuan 14 bulan lalu.

Antara isu-isu politik yang sekali lagi menjadi perbincangan kali ini; proses perdamaian di Myanmar dan tekanan antarabangsa yang mahu mengenakan sekatan ke atasnya, program nuklear kontroversi Korea Utara dan ketegangan di Semenanjung Korea dan perkembangan di Asia Barat khususnya di Iraq dan konflik Palestin-Israel. Perkembangan konflik politik rantau Asia Tenggara yang lain dipercayai disentuh secara tidak langsung iaitu perkembangan di Aceh, selatan Thailand dan runding damai di Mindanao yang Malaysia menjadi perantara.

Dari segi integrasi ekonomi, pemimpin- pemimpin ASEAN mencapai kata sepakat untuk membolehkan matlamat tersebut dicapai menjelang tahun 2015 berbanding dengan sasaran 2020 sebelum ini.

Filipina sebagai tuan rumah mengambil kesempatan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-12 dengan mengetengahkan keperluan mengeratkan kerjasama untuk meningkatkan perlindungan ke atas pekerja-pekerja asing negara-negara ASEAN atas alasan mahu mengimbangi tunjang ketiga ASEAN iaitu aspek sosial.

Sehubungan itu, Deklarasi Cebu Ke Arah Komuniti Penyayang dan Muafakat Bersama dimeterai.

Empat dokumen penting yang turut dimeterai ialah Deklarasi Cebu Mengenai Usaha Mempercepatkan Pembentukan Satu Komuniti ASEAN Menjelang 2015, Deklarasi Cebu Mengenai Perlindungan dan Menggalakkan Hak Asasi Pekerja Asing, Deklarasi Cebu Mengenai Pelan Tindakan Piagam ASEAN dan Konvensyen ASEAN Menangani Keganasan.

Pemimpin-pemimpin ASEAN menghalusi pertumbuhan wilayah dalam Sidang Kemuncak Pertumbuhan ASEAN-Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP- EAGA) Ketiga dan Sidang Kemuncak Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia- Thailand (IMT-GT) Kedua.

Kelima-lima dokumen berkenaan dengan sendirinya menggambarkan kesinambungan sidang kemuncak terdahulu di Kuala Lumpur dan signifikan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-12 yang berlangsung pada 13 Januari lalu.

Beberapa isu yang diketengahkan turut dibawa untuk perhatian Sidang Kemuncak ASEAN+3 dan Sidang Kemuncak ASEAN yang diadakan secara berasingan dengan China, Jepun, Korea Selatan dan India.

Ketika ASEAN menyambut ulang tahun ke-40 pada Ogos ini, Sidang Kemuncak ASEAN+3 pula memasuki tahun ke-10.

Ia menggambarkan perkembangan kemajuan hubungan dan kerjasama antara 10 anggota ASEAN dengan rakan-rakan dialog dari Asia Timur: China, Jepun dan Korea Selatan. Hubungan India pula sudah berusia lima tahun dengan Sidang Kemuncak ASEAN-India Kelima berlangsung Ahad lalu.

Dalam memperingati ulang tahun ke-10 Sidang Kemuncak ASEAN+3, Jepun mahu satu penilaian dibuat bagi mengenal pasti kekuatan dan kekurangan jalinan kerjasama ini.

EPG yang dibentuk untuk tujuan ini akan membentangkan laporannya pada sidang kemuncak di Singapura kelak.

Meskipun idea itu datang dari Jepun, yang kemungkinan terbatas kepada hubungan ASEAN-Jepun sahaja, ada baiknya jika ia diperluaskan merangkumi Tokyo, Beijing dan Seoul yang terus memainkan peranan menyeluruh dari segi pertumbuhan dan pembangunan wilayah rantau Asia Tenggara.

Dalam pertemuan antara ASEAN-China, keperluan menjayakan pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Di Laut China Selatan berhubung tuntutan bertindih turut dibincangkan.

Isu-isu baru yang lain, yang mendapat perhatian termasuklah nasib Pusingan Doha, Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), syor penubuhan Pusat Kepelbagaian Bio ASEAN dan kerjasama ketika bencana alam.

Jika EAS memfokus soal keanggotaan dan pembentukannya pada pertemuan lalu, kali ini EAS menuju terhadap perkara-perkara khusus termasuk isu-isu politik, sosial dan ekonomi serantau.

Dalam hal ini, EAS memeterai Deklarasi Cebu Mengenai Jaminan Tenaga Asia Timur yang dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam menentukan pembangunan berkekalan rantau ini.

Usaha mengurangkan kebergantungan kepada tenaga konvensional dan meningkatkan sumber-sumber boleh diperbaharui, diyakini akan mendatangkan manfaat langsung dan tidak langsung kepada negara-negara EAS dalam jangka panjang.

Malah pertemuan kali ini juga mencatatkan sejarah ekoran penerimaan Perancis dan Timor Leste sebagai rakan dialog dengan menandatangani perjanjian kerjasama.

Pemimpin-pemimpin ASEAN, EAS dan rakan-rakan dialog badan serantau ini boleh mengharapkan hasil perbincangan yang lebih membina apabila mereka bertemu pada November ini di Singapura.

Dua perkara yang sudah pasti akan menjadi perhatian ialah usaha ke arah membentuk mekanisme mencegah, mengelak dan mengurus krisis kewangan, yang pernah dialami Asia pada tahun 1997, dan deklarasi menangani masalah alam sekitar termasuk jerebu yang kini menjadi fenomena serius sejak satu dekad lalu.


ASEAN mampu saingi Eropah

CEBU CITY, Filipina 15 Jan. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin ASEAN yang genap empat dekad tahun ini mampu muncul sebagai wilayah pembangunan kukuh berbanding Eropah jika berupaya menggunakan sumber yang ada termasuk jalinan kerjasama negara dialog dari Asia Timur.

Ketika bercakap kepada wartawan pada sidang akhbar di akhir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-12 dan siri sidang kemuncak susulan, Perdana Menteri memberitahu, rantau ini mampu muncul sebagai wilayah ekonomi yang lebih kuat berbanding Kesatuan Eropah (EU), yang kini jauh maju berbanding ASEAN.

"Negara-negara Eropah memang hebatlah lagi daripada kawasan kita. Potensi yang ada itu ialah wilayah Asia Timur boleh menjadi lebih hebat lagi daripada wilayah EU.

"Tetapi ini bergantung kepada sejauh mana kita bersedia untuk bermuafakat dan bekerjasama meskipun berhadapan dengan cabaran-cabaran tertentu," kata beliau di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, tahap kerjasama antara negara ASEAN bertambah baik dan ia diperlihatkan menerusi hasrat pemimpin negara-negara rakan dialog kali ini yang cukup tinggi untuk melihat tahap kerjasama menjadi lebih erat.

"Negara-negara sahabat seperti India, China dan Jepun lebih tinggi hasrat untuk bekerjasama.

"Negara-negara sahabat melihat hubungan dengan ASEAN sebagai hubungan strategik, satu hubungan yang produktif untuk membolehkan India dan negara-negara lain mendapat manfaat," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui masih terdapat cabaran yang perlu dihadapi oleh negara anggota ASEAN.

Dua cabaran utama ialah ketidakseimbangan kemajuan ekonomi dan soal kemiskinan, jelas Abdullah.

Antara dokumen ditandatangani kali ini ialah Deklarasi Cebu Ke Arah Komuniti Penyayang dan Muafakat Bersama, Deklarasi Cebu Mengenai Rangka Tindakan Piagam ASEAN dan Deklarasi Cebu Menangani Keganasan.

Selepas Sidang Kemuncak ASEAN Ke-12 yang berlangsung kelmarin, Sidang Kemuncak ASEAN+3 dan sidang kemuncak berasingan membabitkan China, Jepun, Korea Selatan dan India dan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) Kedua turut diadakan.

Sidang Kemuncak Pertumbuhan ASEAN-Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipuna (BIMP-EAGA) dan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) juga berlangsung.

Kesemua sidang kemuncak itu yang dihadiri 16 pemimpin negara dan kerajaan berakhir hari ini.

EAS hari ini meluluskan Deklarasi Cebu Mengenai Jaminan Tenaga Asia Timur yang merangka kerjasama untuk tidak bergantung kepada bahan api konvensional, sebaliknya mahu melipatgandakan usaha memperbaharui tenaga.

Ketika mengulas signifikan deklarasi itu, Perdana Menteri berkata, usaha tersebut akan banyak memanfaatkan Malaysia dalam jangka panjang dan kerajaan akan mengambil tindakan-tindakan susulan selari dengan kandungan deklarasi tersebut.

"Dengan itu kerjasama Malaysia akan menjadi kerjasama aktif. Kita mahu melibatkan ahli-ahli sains dan (pakar) teknologi dari Malaysia," katanya.

"Telah dipersetujukan dalam peringkat ASEAN dan negara EAS bahawa ia (akan) banyak memberi manfaat kepada negara kita, sama ada dari segi kerjasama ekonomi, sama ada dari segi kerjasama sains dan teknologi, penyelidikan dan pembangunan.

"Usaha untuk muafakat kerjasama bagi menjamin atau memastikan jaminan tenaga adalah menguntungkan negara kita," kata beliau lagi.


Ekonomi ASEAN berkembang 5.5 peratus


KUALA LUMPUR 25 Julai – Ekonomi ASEAN dijangka berkembang antara 5.0 dan 5.5 peratus tahun ini daripada 5.2 peratus tahun lalu, meskipun menghadapi ketidakpastian harga minyak serta impak dari penyakit-penyakit rentas sempadan, atas usaha negara-negara anggota bagi mendalamkan lagi integrasi ekonomi.

Walaupun integrasi serantau penting bagi menampung pertumbuhan, meliberalisasikan sektor perkhidmatan juga akan meningkatkan pertumbuhan, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam laporan 2005 yang dikeluarkan di sini hari ini.

MITI berkata, pembangunan dalam kawasan rantau kecil juga adalah penting untuk ASEAN mengekalkan trek pertumbuhannya.

Menurutnya, pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-China bagi Barangan pada bulan Julai 2005 dan FTA Barangan dengan Korea Selatan pada tahun 2006 akan menjadi rangsangan utama kepada hubungan perdagangan luar ASEAN.

ASEAN juga akan memuktamadkan perjanjian perkhidmatan dan pelaburan dengan kedua-dua buah negara berkenaan.

Menurutnya, perjanjian itu dan perjanjian lain yang masih ada dalam peringkat rundingan seperti dengan India, Australia dan New Zealand akan terus menjadikan ASEAN sebagai sebuah rantau yang dinamik untuk perniagaan.

Sementara itu, MITI berkata, Sidang Kemuncak ASEAN Ke-11 yang diadakan di sini pada bulan Disember lalu telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan ke arah memperkukuhkan komitmen bagi meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan dengan negara-negara rakan dialog.

Keputusan yang dibuat dan dipersetujui oleh Sidang Kemuncak Ke-11 termasuk mempercepatkan liberalisasi sektor perkhidmatan selama lima tahun kepada tahun 2015 dan mempercepatkan liberalisasi sektor perkhidmatan lagi integrasi sektor pelancongan dan pengangkutan udara di bawah pelaksanaan Fasa II Sektor- Sektor Integrasi Keutamaan.

Untuk meningkatkan integrasi dalam pelaksanaan pelbagai langkah di bawah sektor-sektor keutamaan, ASEAN juga dijangka akan menerima pakai pelan kerja bagi pelaksanaan Fasa II 11 Sektor Integrasi Keutamaan ASEAN pada awal tahun ini.

Negara-negara anggota, kata MITI perlu mengkaji semula pelan hala tuju berkaitan, dengan mengambil kira penambahbaikan kapada langkah-langkah sedia ada dan menambah langkah baru, peluasan skop produk serta mengkaji semula jangka masa pelaksanaan.

Bagi merapatkan jurang pembangunan antara ASEAN 6 (Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand) dan negara-negara anggota baru, ASEAN 6 terus membantu Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam (CLMV) menerusi program-program di bawah Inisiatif bagi Integrasi ASEAN.

Sehingga kini, kata MITI ASEAN 6 telah menyumbang AS$4.5 juta (RM16.20 juta) untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan bina upaya, khususnya dalam bidang pembangunan sumber manusia, sementara bantuan dana berjumlah AS$16.3 juta (RM58.68 juta) juga telah disumbangkan oleh negara-negara Rakan Dialog ASEAN dan negara-negara penyumbang untuk program-program di bawah Inisiatif bagi Integrasi ASEAN.

Inisiatif-inisiatif di peringkat rantau kecil dalam ASEAN juga telah diberi lebih penekanan dengan pelaksanaan Sidang Kemuncak Segi Tiga Pembangunan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) Pertama, Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) Kedua dan Sidang Kemuncak CLMV Disember lalu.

Mengenai hubungan ekstra-ASEAN, langkah-langkah telah diambil untuk mengukuhkan hubungan dengan negara-negara +3 (China, Jepun dan Korea Selatan), India, Rusia dan Australia-New Zealand.


Tumpuan kerjasama wilayah ASEAN


KERJASAMA wilayah kecil ASEAN akan diberikan keutamaan dalam Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) dalam usaha meningkatkan lagi perdagangan, pelaburan dan pelancongan di negeri-negeri yang menyertainya.

Strategi memanfaatkan ekonomi yang saling melengkapi dan menggalakkan pengunaan sumber yang cekap antara wilayah kecil akan dipertingkatkan.

Jalinan infrastruktur dan kemudahan menyeberangi sempadan akan ditambah baik bagi memudahkan perdagangan serta urusan perniagaan.

Bagi kedua-dua wilayah kecil Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan kawasan pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina, (BIMP-EAGA), sektor swasta digalak untuk terus meningkat perdagangan, pelaburan dan pelancongan di wilayah ini manakala kerajaan akan terus berperanan sebagai pemudah cara.

Panduan hala tuju bagi pembangunan akan digubal untuk merangka pembangunan IMT-GT untuk tempoh lima tahun akan datang termasuk penyediaan profil sosioekonomi bagi kesemua negeri dan wilayah kecil ini.

Bagi menggalakkan lagi perdagangan tukar barang di IMT-GT, kemudahan perdagangan tukar barang akan dibangunkan di setiap negeri yang menganggotai IMT-GT.

Panduan Hala Tuju Pembangunan BIMP-EAGA akan dilaksanakan dengan menumpukan kepada bidang seperti berasaskan pertanian, pelancongan dan kemudahan infrastruktur.

Keutamaan ini akan diberikan kepada pelaksanaan projek seperti industri minyak kelapa dara, halia, daging halal, kelompok industri berasaskan minyak sawit dan perkhidmatan pembangunan perniagaan.

Pangkalan data akan diwujudkan bagi mengukur aktiviti perdagangan, pelaburan dan pelancongan yang dijalankan dalam IMT-GT dan BIMP-EAGA.

Selain itu, projek infrastruktur seperti Lebuh Raya Pan-Borneo, perkhidmatan feri, hubungan udara dan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) akan dipertingkatkan bagi menambah baik rangkaian pengangkutan di kawasan BIMP-EAGA.

Pelaksanaan projek yang dikenal pasti di bawah Pelan Tindakan JDS Malaysia-Thailand akan dipercepatkan.

Antara projek yang akan dilaksanakan termasuk membuka Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Durian Burong-Ban Prakob dan menyiapkan jambatan di antara Bukit Bunga di Malaysia dan Buketa di Thailand yang akan meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan.

Projek-projek lain termasuk galakan pakej bersama pelancongan dan pembangunan projek usaha sama ikan hiasan di Padang Terap, Kedah.

Tiga kajian akan turut dijalankan secara bersama iaitu penubuhan zon ekonomi khas di Bukit Kayu Hitam-Sadao dan kajian kemungkinan cadangan projek jambatan di antara Pengkalan Kubor-Tak Bai dan di antara Rantau Panjang-Sungai Golok.

Kestabilan politik tunjang IMT-GT

Oleh YUSRI SAHAT

PERTUMBUHAN Segitiga Indonesia, Malaysia, Thailand (IMT-GT) diwujudkan di Langkawi pada 20 Julai 1993 bertujuan merangsang pertumbuhan ekonomi di utara Semenanjung Malaysia, selatan Thailand dan utara Sumatera.

Kewujudan gagasan tersebut dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan harapan untuk melihat sektor ekonomi di kawasan yang dianggap ketinggalan di negara-negara berjiran itu berkembang pesat.

Pada awal penubuhannya, IMT-GT merangkumi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak di Malaysia; Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Patani di Thailand manakala Indonesia meliputi Acheh di Sumatera Utara.

Kini usia IMT-GT menjangkau 12 tahun dan keanggotaannya terus berkembang sehingga meliputi hampir keseluruhan ASEAN.

IMT-GT kini dianggotai oleh Acheh, Riau, Jambi dan Bangkahulu di Sumatera; Songkhla, Satun, Narathiwat, Yala, Patani, Trang, Pattalung dan Nakhon Sithammarat (Thailand), Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Selangor dan Kelantan (Malaysia) serta Brunei.

Meskipun keanggotaannya bertambah, namun objektif gagasan itu tetap sama iaitu membantu pertumbuhan industri berasaskan teknologi tinggi, industri kecil dan sederhana (IKS) serta merapatkan hubungan sosial di antara ketiga-tiga negara terbabit.

Ironinya, usianya yang lebih sedekad itu masih belum mampu mematangkan IMT-GT sebagaimana diharapkan terutama melibatkan pembangunan di utara Semenanjung Malaysia, selatan Thailand dan utara Sumatera.

Kemelut politik antara Bangkok dengan masyarakat minoriti Islam di selatan Thailand yang tidak berpenghujung banyak merencatkan pembangunan di kawasan berkenaan yang sekali gus merencat segala projek yang dirancangkan sebelum ini.

Kepayahan tersebut ditambahkan lagi dengan sikap Thailand yang sering berdolak-dalik dalam projek yang dirancangkan meskipun perjanjian persefahaman (MoU) telah dimeterai sebelumnya.

Misalnya, dalam projek lebuh raya Perlis-Satun sepanjang 19.5 kilometer bernilai RM30 juta yang tergendala sejak lima tahun lalu, Thailand memberikan sekurang-kurangnya empat alasan untuk tidak meneruskan pembinaan infrastruktur tersebut.

Begitu juga dengan projek pembangunan lain di sempadan seperti di Bukit Kayu Hitam, Kedah; Pengkalan Hulu, Perak dan Buketa di Kelantan, kelewatannya berpunca daripada ketidaksungguhan Thailand dalam merealisasikan hasrat tersebut.

Selain ketegangan politik dan kerenah birokrasi negara jiran itu, malapetaka yang menimpa Acheh dan sebahagian negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia pada 26 Disember tahun lalu banyak mengubah senario ekonomi di kawasan terbabit.

Sebelum bencana alam itu, Acheh dilanda kemelut dalaman apabila berlaku pertelingkahan melibatkan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Gerakan Acheh Merdeka (GAM).

Pergolakan tersebut sedikit sebanyak menjejaskan pelaburan Malaysia di wilayah bermasalah itu.

Kenaikan harga minyak di pasaran dunia serta serangan wabak selesema burung yang melanda Thailand dan Indonesia turut menyumbang kepada kelembapan pergerakan IMT-GT.

Keadaan itu diakui sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed yang menyifatkan IMT-GT bergerak dalam tempo yang agak perlahan pada masa ini.

Sehubungan itu, katanya, Sidang Kemuncak ASEAN ke-11 di Kuala Lumpur dari 12 hingga 14 Disember perlu dijadikan pentas untuk menilai semula hala tujunya selain menyemak semula projek-projek yang tergendala dalam lingkungan IMT-GT.

Menurutnya, pembangunan IMT-GT akan menjadi salah satu agenda utama dalam sidang kemuncak tersebut supaya satu formula baru dapat dicapai bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi di kawasan terbabit.

``Kita harap dapat memberi nafas baru kepada kerjasama ini yang bertujuan membangunkan kawasan sempadan terpencil tanpa infrastruktur mencukupi dengan jumlah orang miskin yang ramai dan menyelesaikan masalah aliran kemasukan pelancong yang kini agak berkurangan,'' katanya baru-baru ini.

Sidang kemuncak ini, kata Mustapa, perlu menyemak semula segala persetujuan atau MoU yang dicapai dalam mesyuarat-mesyuarat IMT-GT yang pernah diadakan sebelumnya.

Beliau kesal kerana banyak kerjasama yang dipersetujui antara negara anggota terbantut berikutan kerenah birokrasi dan kegawatan ekonomi.

Tegas Mustapa, sidang kemuncak di Kuala Lumpur ini akan menjadi forum bagi menyelesaikan masalah kerenah birokrasi yang menjadi penghalang kepada kelangsungan projek-projek yang dirancang.

Sidang kemuncak kali ini juga, katanya, turut membincangkan mengenai kerjasama antara kerajaan dan syarikat swasta khususnya bagi membangunkan kemudahan komunikasi dan infrastruktur serta meningkatkan sektor pelancongan.

Pandangan yang sama juga disuarakan oleh Pengerusi Majlis Perniagaan Bersama IMT-GT Malaysia, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang mahukan gagasan itu diberi nafas baru menerusi sidang kemuncak tersebut.

Menurut Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) itu, langkah itu perlu terutama selepas bencana tsunami melanda sebahagian Asia Tenggara yang menuntut kerjasama lebih erat antara negara-negara anggota.

Berikutan itu, beliau menyarankan supaya IMT-GT menubuhkan satu pasukan khas yang melibatkan negara-negara anggota untuk membina dan memulihkan semula kawasan yang terbabit dengan bencana alam itu.

Serentak itu, tegas Abdul Rahman, IMT-GT semakin bersedia untuk melaksanakan lebih banyak projek dan infrastruktur antara ketiga-tiga buah negara dengan adanya pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh pada masa akan datang.

Beberapa projek yang kini sedang diberi perhatian untuk dibangunkan termasuk projek Kota Putra di Durian Burung yang bakal mengubah wajah pekan Kuala Nerang di Kedah.

Pembukaan pintu sempadan baru itu selepas Bukit Kayu Hitam akan meletakkan Kedah sebagai pintu masuk dan keluar daratan utama di utara Semenanjung Malaysia ke Thailand, Myanmar, Indo-China, India dan Republik Rakyat China.

Pembangunan IMT-GT di negeri-negeri pantai barat dilihat lebih rancak berbanding di utara Semenanjung Malaysia terutama membabitkan Selangor dengan wilayah-wilayah di bahagian tengah Sumatera.

Sejajar dengan statusnya sebagai negeri maju pertama di Malaysia, Selangor dilihat mampu menjadi pintu masuk utama perdagangan dari Sumatera berikutan reaksi positif Indonesia terhadap cadangan pelepasan cukai fiskal kepada warga Indonesia yang berkunjung ke negeri itu di bawah IMTGT.

Misalnya, syarikat pelaburan Kerajaan Negeri Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB) berjaya mendapatkan projek pembekalan bekalan air bersih dan pembinaan lebuh raya di Riau dengan nilai kontrak hampir RM1 bilion, baru-baru ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, projek jalan tol sepanjang 155 kilometer dan bekalan air yang telah dirancang sejak tiga tahun lalu itu, dibuat atas permintaan pemerintah Sumatera dan hanya menunggu kelulusan pemerintah Pusat di Jakarta.

Selain itu, kedudukannya yang strategik menjadikan Selangor mampu menjadikan hub makanan halal utama di Asia Tenggara.

Ini kerana, Selangor memiliki dua pintu masuk utama negara iaitu Pelabuhan Klang selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mohamad Khir berkata, belum terdapat hub seumpama itu di Asia Tenggara kerana setiap negara memasarkan barangan mereka secara bersendirian atau menggunakan negara lain yang lebih jauh kedudukannya.

Justeru, Sidang Kemuncak ASEAN ke-11 yang berlangsung di Kuala Lumpur ini mampu memberi lebih banyak peluang kepada Selangor untuk memperluaskan misi pelaburannya dalam konteks IMT-GT.

Secara keseluruhannya, kekuatan IMT-GT lebih terserlah jika keamanan politik berterusan di kalangan negara anggota kerana gagasan tersebut diwujudkan untuk memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi serantau.

Selagi tidak ada usaha untuk memadamkan api persengketaan terutama di selatan Thailand, matlamat IMT-GT untuk membangunkan kawasan yang didiami oleh masyarakat miskin di kawasan terbabit tidak akan tercapai.


Jawatankuasa antarabangsa pantau keselamatan selatan Filipina


KUALA LUMPUR 11 Dis. - ASEAN bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa peringkat antarabangsa dianggotai Malaysia dan Indonesia bagi memantau keadaan keselamatan di selatan Filipina yang bergolak.

Jawatankuasa itu ditubuhkan atas permintaan Filipina yang mahu melihat wujud keamanan di wilayah Mindanao.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN-Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) Kedua di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini, menegaskan BIMP-EAGA perlu memberi perhatian berat berhubung soal keselamatan di selatan Filipina.

Ini adalah antara beberapa perkara yang dicapai pada sidang kemuncak berkenaan yang berakhir petang ini.

Sidang Kemuncak BIMP-EAGA kali pertama diadakan di Vientiane, Laos tahun lepas.

``Sidang kemuncak itu menganggap keselamatan di wilayah Filipina merupakan perkara penting demi keamanan serantau bagi menarik pelaburan,'' katanya.

Beliau berkata, Sidang Kemuncak BIMP-EAGA juga menekankan tentang perlunya negara-negara anggota ASEAN memberi keutamaan kepada jaminan keselamatan bagi menarik pelaburan.

Ini kerana, katanya, ASEAN merupakan rantau yang berpotensi menjadi tarikan pelaburan dengan mempunyai pasaran yang luas.

``Bagaimanapun, pelabur inginkan jaminan keselamatan bagi memastikan pelaburan mereka di rantau ini selamat.

``Masyarakat peniaga dan pelabur tidak akan pergi membuat pelaburan sekiranya kawasan itu tidak aman dan stabil,'' katanya.

Sebagai sebuah rantau yang sedang berkembang maju dari segi ekonomi, kedua-dua Sidang Kemuncak BIMP-EAGA dan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) menegaskan tentang perlunya kerajaan negara-negara ASEAN memberi keutamaan kepada jaminan keselamatan.

Katanya, rantau ini hanya mampu bergerak lebih maju ke hadapan jika ada jaminan keselamatan.

Pada sidang akhbar itu, Perdana Menteri turut ditanya mengenai kerjasama ASEAN memerangi selesema burung serta pelaburan dan pembangunan di rantau ini.

Mengenai isu selesema burung, Abdullah berkata, semua negara anggota ASEAN perlu bekerjasama dan bertukar-tukar maklumat dalam usaha menangani wabak ini daripada terus menular di rantau ini.

``Setiap negara anggota ASEAN perlu membantu sesama sendiri sekiranya ada tanda-tanda wabak itu menular di kalangan negara sahabat.

``Kita juga perlu belajar daripada satu sama lain dan mengambil manfaat daripada pengalaman negara-negara yang pernah mengalaminya,'' katanya.

Perdana Menteri juga berkata, pemimpin-pemimpin yang menghadiri kedua-dua sidang kemuncak itu (BIMP-EAGA dan IMT-GT) menekankan tentang pentingnya untuk melipatgandakan usaha dalam bidang-bidang yang masih ketinggalan.

Ini termasuk memajukan lagi sektor pelancongan dengan menyediakan kemudahan infrastruktur dan memperbaiki sistem pengangkutan dan komunikasi.

Selain daripada itu, katanya, tumpuan juga akan diberikan kepada usaha mewujudkan peluang pekerjaan dan menjalankan aktiviti ekonomi yang akan meningkatkan peluang pekerjaan.

``Kita mahu rakan dialog ASEAN membuat penyertaan yang lebih berkesan termasuk meneroka sumsumber asli di rantau ini,'' katanya.

Katanya, bagaimanapun, ketika ditanya mengenai pergolakan di selatan Thailand, Abdullah berkata, isu itu dibincangkan pada Sidang Kemuncak IMT-GT kerana ia merupakan sidang kemuncak tiga negara.

``Kita tidak membincangkan isu dua hala pada sidang kemuncak itu (IMT-GT),'' katanya.

Bagaimanapun, katanya, Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra ada menyampaikan ucapan penghargaannya kepada kerjasama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia berkaitan pergolakan di selatan negara itu.