Isnin, 3 Mac 2008

tot usm ke 34

pada 1 dan 2 hb mac 2008, usm telah mengadakan temasya olahraga tahunan (TOT) ke 34. aku cuma terlibat dalam acara perbarisan badan unit beruniform (PALAPES), kali ni, kitorang bersatu bersama2 navy dan air force.
lepas habis kawad, p sorak kat grandstand ngan orang tersayang..best.. kali pertama bersama orang tersayang p sorak atlet indah kembara...
kontinjen indah kembara kali ni agak slow kerana hanya memungut 2 emas 1 perak dan 1 gangsa. mungkin disebabkan kurangnya penyertaan dari budak-budak i.k sendiri(termasuk aku..ha3x)
tapi apa yang membangga aku, kali ni i.k terus mengekalkan kecemerlangan sebagai juara dalam acara perbarisan... berbaloi la budak2 inter buat latihan tiap malam...tahniah!!!! dan aku harap junior akan meneruskan kegemilangan ni.....
pepun aku nak ucapkan tahniah kepada semua pemenang,pemecah rekod,pegawai temasya,kawan-kawan skuad jengking hitam, skuad gema pahlawan,skuad cobra satria yang telah memberikan sokongan untuk TOT kali ni...mungkin ni TOT aku terakhir sebab tahun depan aku dah pegi latihan mengajar...kepada yang kalah...cuba lagi tahun2 akan datang ek...

Tiada ulasan: