Ahad, 13 April 2008

KULIAH 2 PPG 316-KAEDAH MENGAJAR GEOGRAFI 2

Tiga gaya interaksi dalam bilik darjah yang menunjukkan keutamaan gaya interaksi
1. Model Transisi-Resepsi
- Guru sebagai pendedah dengan menggunakan pengajaran bantuan visual seperti contoh belajar geografi sebagai pengumpulan fakta dan kemahiran melatih.
2. Model Pembentukan Tingkahlaku.
- Guru menyediakan struktur tersusun pengalaman pembelajaran dalam meningkatkan objektif.
- Belajar geografi sebagai pengenalpastian.
3. Model interaksionit
- Guru sebagai pengantara, pemangkin untuk pelajar mencapai objektif.
- Inkuiri pelajar berlaku – Secara terus, kumpulan, dalam kelas.
Kaedah Ekspositori
Mc Davitt (94) – Pelajar menerima pengetahuan dan panggilan semula kemudian atau mengiktirafnya.
Ausubel (63) – guru sebagai pusat, di sokong dengan pembacaan dan demostrasi.
Chamberlain (92) – sokongan material untuk jenis pengajaran termasuk transperasi, perbincangan dan drill dan aktiviti latihan.
Ausubel (68)
- Pembelajaran yang lebih bermakna Melalui pengantaraan lisan.
- Pelajar perlu mengaitkan sesuatu idea baru pertama kali mereka dengar, dengan pengetahuan dan struktur kognitif yang telah sedia mereka miliki.
- Bukan hafalan kerana membolehkan pelajar meluahkan kembali maklumat yang telah mereka pelajari tetapi tidak faham konsep yang dihafal.
- Keseluruhan isi kandungan yang perlu dipelajari dipersembahkan kepada pelajar dalam bentuk yang selengkap-selengkapnya.
- Pelajar hanya menerima, menyerap, mengingat kembali serta menggunakan perkara-perkara yang telah dipelajari itu.
- Bersifat deduktif – guru perlu bentangkan konsep dan idea umum yang perlu dahulu kemudian menyokong idea atau konsep dengan bahan-bahan pembelajaran
- Ia bukan model sehala kerana guru perlu berinteraksi dengan pelajar dengan menggunakan bahan.
Pembelajaran Melalui kaedah ekspositori bergantung kepada:
- Sejauh mana bahan-bahan yang dipelajari itu diterima dan seterusnya membantu dalam memperkembangkan lagi konsep yang sedia ada dimiliki oleh pelajar.
- Sejauh mana pengetahuan baru itu dapat melengkapkan lagi pengetahuan pelajar.
Kyriacou (97) – 3 kegunaan ekspositori guru:
1. Menjadikan struktur dan tujuan pembelajaran terang dan jelas.
2. Memberi maklumat, menghuraikan dan menjelaskan termasuk demonstrasi.
3. Menggunakan soalan dan perbincangan untuk memudahkan dan menerima pembelajaran guru.

Model Ekspositori
Joyce dan Well (80) kenalpasti 3 fasa model ekspositori berasaskan idea Ausubel (68).

Fasa 1: ‘advance organiser’ dipersembahkan untuk menjelaskan objektif pelajaran dan menimbulkan kesedaran pelajar sebelum pengetahuan dan pemahaman.
‘advance organiser’-satu set idea dan konsep yang abstrak diberikan kepada pelajar sebelum persembahan bahan pembelajaran, biasanya dalam bentuk penulisan.

Fasa 2: persembahan bahan atau kerja yang perlu dilakukan Melalui cara berstruktur dan logikal
- Bukan sekadar kuliah
- Di mana perlu boleh gunakan filem, pembacaan, audio, video.
- Yang penting bahan berstruktur dengan urutan logik.
Fasa 3: matlamatnya untuk menekankan dan mengukuhkan perkembangan kognitif dengan mengaitkan bahan baru kepada struktur kognitif sedia ada pelajar.
Waterhouse (90) menjelaskan struktur yang biasa dalam ekspositori guru:
1. Struktur “sequential” – menjelaskan urutan peristiwa,langkah-langkah dalam proses atau rangkaian sebab dan akibat.
2. Struktur deduktif – menjelaskan dan buktikn set peraturan atau prinsip diikuti dengan huraian contoh atau akibat daripada prinsip.
3. Struktur induktif – persembahan sejumlah contoh-contoh atau kajian kes yang membantu pelajar membentuk generalisasi atau peraturan.
4. Struktur penyelesaian masalah – menggalakkan pelajar untuk menyelesaikan masalah atau membuat keputusan dengan menilai bukti dan kekuatan dan kelemahan alternative penyelesaian
5. Struktur banding dan beza – kenalpasti persamaan dan perbezaan antara pelbagai situasi dan peristiwa.
6. Struktur tajuk perkara – organisasi persembahan jumlah yang banyak.
Ciri-ciri penghuraian atau penjelasan yang berkesan Kyricou (97)
1. Kejelasan
2. Berstruktur
3. Kepanjangan
4. Perhatian
5. Bahasa
6. Contoh-contoh

Tiada ulasan: