Jumaat, 11 April 2008

Apakah sebab-sebab meletusnya perang dunia pertama?

Menjelang awal abad ke-20, berlaku peperangan hebat antara negara-negara Eropah yang melibatkan hampir seluruh benua Eropah khasnya dan dunia umumnya, antara tahun 1914-1918. Sejajar dengan perkembangan idea-idea liberalism dan nasionalisme, wujud kuasa utama yang dianggap sebagai penyebab kepada Perang Dunia Pertama iaitu Itali dan Jerman.

Pakatan Bertiga

Ketua Menteri Jerman, Otto Von Bismarck adalah seorang yang bercita-cita tinggi untuk memperkuatkan dan memperluaskan lagi empayar Jerman. Pada tahun 1879 Austria dan Jerman telah mewujudkan Pakatan Berdua untuk menghadapi ancaman Rusia. Pakatan ini menjadi pakatan bertiga dengan penyertaan Itali pada 1882. Tujuan Jerman dan Austria membuat ikatan ini adalah untuk menyekat kuasa Rusia di Semenanjung Balkan manakala Itali membuat ikatan kerana khuatir orang Perancis mengambil tanah jajahannya di Afrika Utara. Pada tahun 1888 Kaiser William II menaiki takhta dan beliau telah menukar polisi seberang laut Jerman. Beliau mahukan Jerman meluaskan kuasa ke seberang laut dan meluaskan imperialism. Perkembangan ini telah menimbulkan kebimbangan Britain kerana tentera Jerman kian kuat. Britain bimbang Jerman akan mengambil alih kedudukannya sebagai kuasa laut dan menguasai pusat perniagaan Eropah. Bahkan Jerman mempunyai banyak sumber air dan arang batu walaupun mutunya rendah. Pada tahun 1904, masalah Britain untuk berbaik dengan Rusia dan telah menubuhkan pakatan bertiga. Pada awal abad ke-19 Eropah terbahagi kepada 2 kuasa iaitu Pakatan Bertiga yang dianggotai oleh Jerman, Austria dan Itali serta Pakatan Bertiga yang dianggotai Perancis, British dan Rusia.

Perlumbaan membuat senjata perang

Persaingan kian memuncak antara dua pakatan dan kuasa-kuasa ini terutamanya dalam memperkuatkan angkatan tentera masing-masing. Di Jerman, Kaiser William II mahu menjadikan angkatan laut Jerman setanding dengan kekuatan tentera daratnya. Hal ini telah membimbangkan Britain yang mempunyai angkatan tentera laut yang terhandal di Barat. Angkatan tentera laut Britain telah dibesarkan kepada dua kali ganda. Hal ini membuktikan timbulnya pertasaan curiga dan bimbang antara negara-negara barat. Bahkan Austria, Jerman dan Rusia mempunyai system kerahan yang membolehkan kerajaan mengerahkan rakyat untuk berperang apabila keadaan memerlukan dan Perancis juga telah memanjangkan tempoh perkhidmatan tenteranya.

Pertumbuhan imperialisme

Revolusi industri yang berlaku dan tersebar di Eropah menyebabkan perlunya kawasan yang boleh membolehkan bahan mentah dan mencari pasaran barangan yang baru. Kesannya, negara-negara Eropah menjalankan dasar menjajah negeri-negeri di Afrika dan Asia. Kewujudan negara baru seperti penyatuan Itali dan Jerman telah dianggap mengancam kestabilan Eropah. Itali dan Jerman turut melakukan penjajahan tetapi kawasan yang diperoleh kurang menguntungkan. Itali dan Jerman yang mendapat kawasan yang terbaik telah dijajah oleh Perancis, Britain dan Belanda. Kedua-dua negara ini merasakan tidak adil dan tidak puas hati kerana Britain dan Perancis telah membina empayar mereka. Terutamanya di kalangan pemimpin Jerman, Kaisernya mahukan Jerman diberikan haknya dan jika permintaan tidak dipenuhi perang akan diisytiharkan. Pertikaian ini telah menggugat kestabilan politik Eropah dan pada tahun 1905 hingga 1911 telah berlaku pertikaian Jerman dan Eropah.

Perlumbaan ekonomi

Perkembangan ekonomi yang pesat di Eropah telah menyebabkan berlakunya perlumbaan untuk menguasai negara pengeluar bahan mentah dan pasaran baru. Kesannya, Jerman muncul sebagai kuasa besar dalam industri dan perdagangan. Barangan buatan Jerman menjadi saingan hebat kepada Britain. Perancis juga merasai perluasan kuasa ekonomi Jerman dan bimbang Jerman akan menguasai kawasan simpanan lombong di utara Perancis. Manakala Jerman dan Austria, masing-masing hendak mengekalkan hak keistimewaan mereka dalam empayar Ottoman.

Pertentangan politik kuasa Eropah

Kedudukan Serbia di Semenanjung Balkan kian terancam kerana tindakan Austria dan telah menyebabkan Rusia yang menjadi sahabat Serbia menggerakkan tentera. Hal ini diikuti oleh Perancis yang mempunyai ikatan perjanjian pertahanan dengan Rusia. Jerman bimbang kerana kedudukan negaranya yang terkepung dan terpaksa menghadapi dua kuasa iaitu Perancis di sebelah barat dan Rusia di sebelah timur. Pada tahun 1 Ogos 1914 Jerman telah mengisytiharkan perang terhadap Perancis. Walaupun Britain menjadi ahli Pakatan Bertiga pada awalnya tidak mahu membantu Perancis dan Rusia dalam peperangan tersebut. Apabila Jerman menyerang Belgium yang cuba menjalankan dasar berkecuali, Britain mula mengubah sikap kerana bimbang Jerman akan menguasai pantai laut utara dan mengancam kepulauan Britain akhirnya mengisytiharkan perang secara rasmi terhadap Jerman pada 4 Ogos 1914.

Nasionalisme

Pada akhir abad ke-19, nasionalisme telah berkembang dengan lebih agresif dan pelampau-pelampau nasionalis cuba memperkuatkan negara mereka dan melemahkan negara Iain. Asas yang menyebabkan peperangan berlaku juga dikatikan dengan semangat nasionalisme terhadap golongan yang berkefahaman ketenteraan. Mereka saling menggangap bahawa kejayaan dalam perang adalah kemuncak terhadap kemajuan sosial sesebuah negara. Hemrich Von Treicheke, seorang ekstrimis, nasionalis Jerman telah mepelopor idea perluasan kuasa melalui ketenteraan. Di bahagian-bahagian tertentu di Eropah para nasionalis telah menyerang negara lain untuk membalas dendam atau untuk mendapatkan semula tanah jajahan mereka. Umpamanya Perancis yang cuba mengembalikan maruah bangsanya dengan mendapatkan semula tanah jajahannya iaitu Alsace dan Lorraine dan Jerman.

Peristiwa Sarajevo

Pembunuhan Putera Mahkota Archduke Francis Ferdinand menjadi penyebab utamanya tercetusnya perang dunia pertama. Pada 28 Jun 1914, Archduke Francis dan isterinya, Contess Sophie dibunuh semasa mebuat satu lawatan rasmi di Sarajevo. Beliau adalah anak saudara dan juga pewaris takhta Austria. Pembunuhan itu dilakukan oleh penduduk Serbia iaitu seorang pemuda bernama Gavrilo Princip. Austria juga menuduh Serbia menjadi pusat propaganda anti Austria dan telah menghantar satu senarai sebanyak sepuluh tuntutan kepada Serbia. Maharaja Austria, Josep I telah meminta sokongan dan bantuan dari Jerman. Setelah mendapat jaminan serta sokongan dari Jerman, Austria telah menghantar kata dua kepada Serbia dengan tuntutan-tuntutannya pada 23 Julai 1914. Serbia bersetuju dengan beberapa tuntutan tetapi menolak beberapa perkara yang menyentuh kedaulautannya. Beberapa rundingan dilakukan antara setiausaha luar Britain tetapi gagal. Austria mengisytiharkan perang ke atas Serbia pada 28 Julai 1914. Tindakan Austria menyebabkan campur tangan Rusia yang menyokong Serbia manakala Jerman pula menyebelahi Austria telah mengisytiharkan perang terhadap Rusia pada Ogos 1914. Hal ini telah menyebabkan berlakunya perang dunia pertama.

Tiada ulasan: