Napoleon Bonaparte dilahirkan di Ajaccio di Pulau Corsia pada tahun 1769. Beliau mendapat latihan ketenteraan di Brienne dan Paris. Beliau mempunyai sifat tegas dan berdisplin. Kebolehan ketenteraan yang dimiliki oleh Napoleon Bonaparte menolongnya dalam dunia politik. Sikapnya yang benci akan huru hara dan juga pengalaman perang menjadikan beliau sebagai calon yang sesuai untuk membanteras segala bentuk pemberontakan. Beliau mempunyai personaliti seorang yang cekap, rajin, pandai dalam ilmu hisab dan ketenteraan. Namun, beliau seorang yang biadap, kurang ajar, nakal, penipu dan kaki perempuan.
Suasana yang membawa keapada kebangkitan Napoleon adalah disebabkan oleh kelemahan badan pengarah. Ini kerana sistem pemerintahan yang lemah dan tidak teratur dan terlalu bergantung kepada pihak tentera dalam membuat sesuatu keputusan. Badan penqarah juga terlalu memberi harapan yang tinggi kepada Napoleon yang ketika itu berpangkat Jeneral Muda.
Selain itu persaingan kuasa antara badan pengarah dan pihak Jacobin turut menyebabkan kebangkitan Napoleon Bonaparte. Ini kerana pihak Jacobin sering menang dalam pilihan raya. Pihak Jacobin bertekad untuk bersatu dengan pihak anarkes dan bersikap keras terhadap pelarian bangsawan yang pulang dan paderi yang ingkar. Pada 1799, Jacobin telah menang dalam pilihan raya yang memberi kesempatan untuk membalas dendam. Dalam hal ini, dua orang ahli badan pengarah disingkirkan dan digantikan oleh dua orang ahli Jacobin mula berkuasa, seluruh kegiatan kelab Jacobin berjalan semula.
Seterusnya kebangkitan Napoleon Bonaparte dikaitkan dengan peristiwa coup detat 18 Bramaire. Ini berlaku apabila badan pengarah yang khuatir hilang sokongan dari golongan Borjuis. Maka dengan itu, seorang ahli badan pengarah, Sieyes telah bekerjasama dengan Napoleon untuk merampas kuasa. Dengan harapan selepas rampasan kuasa tersebut, Napoleon Bonaparte akan mengundurkan diri tetapi meleset sama sekali. Napoleon enggan meletakkan kuasa sebaliknya terus menerajui pemerintahan. Inilah peristiwa yang dikenali sebagai coup detat 18 Bramaire pada 19 november 1799.
Selain itu, peristiwa letupan peluru meriam berlaku apabila pihak bangsawan cuba merebut kuasa pemerintahan turut meyebabkan kebangkitan Napoleon. Golongan bangsawan pelarian cuba mendarat di suatu tempat bernama Quiberon antara 27 Jun hingga 21 Julai. Pada oktober 1795 bangsawan di Paris mula memberontak. Percubaan rampasan kuasa ini telah berjaya dipatahkan oleh pihak tentera pimpinan jeneral muda Napoleon Bonaparte.
Usaha pemusatan dan pengukuhan kuasa Napoleon Bonaparte diteruskan di dalam dan di luar negeri. Beliau berusaha redakan kegiatan penyokong pemberontakan dengan pihak setia raja dan puak Jacobin. Pengampunan ditawarkan kepada mereka yang mahu menyerahkan diri. Selain itu, usaha penaklukan di selang seli dengan beberapa perjanjian damai.
Keadaan politik semasa turut membangkitkan Napoleon apabila suasana politik Perancis seolah-olah menanti ketibaan pemimpin sepertinya. Mereka jemu dengan eksperimen revolusi. Mereka mahukan kerajaan kuat untuk mempertahankan Republik dari ancaman negara Eropah. Melihat Napoleon satu-satunya tokoh yang boleh memberikan mereka perlindungan.
Keperibadian Napoleon sendiri telah membawa kebangkitan beliau. Kejayaan demi kejayaan Napoleon Bonaparte yang pesat boleh dilihat dari sudut peribadinya. Seorang yang kuat azam, bercita-cita tinggi, kuat dan tekun bekerja serta tajam pemikirannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan