Selasa, 15 April 2008

KULIAH PPG 316 KAEDAH MENGAJAR GEOGRAFI 2

JENIS UJIAN SUMATIF

Gerak balas terhad

  • Batasan bentuk dan batasan kandungan respon pelajar.
  • Mengingat kembali.
  • Jawapan pendek.
  • Contohnya, senaraikan, takrifkan, apakah yang dimaksudkan dengan…


 

Gerak balas tidak terhad

  • Pelajar pilih arah dan perincian sendiri.
  • Perbincangan
  • Contohnya, jelaskan, sejauhmanakah, bagaimanakah…


 

BILA UJIAN ESEI SESUAI?

Sax (74), Ebel (79) menyatakan,

  1. Jika objektif ujian memerlukan jawapan dalam bentuk penulisan.
  2. Jika bilangan pelajar kecil.
  3. Jika soalan hanya ingin digunakan sekali sahaja.
  4. Guru ingin galak perkembangan kemahiran penulisan pelajar.
  5. Guru berminat terokai sikap pelajar lebih daripada pencapaiannya.
  6. Guru lebih berkeyakinan kebolehannya membaca jawapan pelajar dengan kritis.
  7. Masa untuk sedia ujian lebih pendek daripada masa untuk memeriksa.


 

Pertimbangan dalam perancangan ujian esei

  1. Topik yang hendak diuji secara esei?
  2. Bolehkan pelajar jawab secara esei?
  3. Masa mencukupi?
  4. Jawapannya bebas atau bagaimana?


 

Cadangan atau panduan bina ujian esei

  1. Mengikut JPN
  2. Pilih atau tentukan soalan dengan teliti kerana skop sukatan pelajaran bagi ujian esei terhad.
  3. Tugasan soalan jelas – pelajar faham apa yang dikehendaki oleh soalan.
  4. Cuba guna perkataan huraian seperti jelaskan, terangkan, huraikan, bezakan dan lain-lain.
  5. Jelas masa yang diperlukan untuk menjawab (keseluruhan ujian atau setiap soalan)
  6. Tunjukkan markah bagi setiap soalan atau pecahan soalan.
  7. Arahan ujian perlu jelas.
  8. Tidak terlalu banyak pilihan soalan
  9. Mengikut aras kesukaran yang sesuai dengan pelajar.
  10. Seimbangkan taraf kesukaran.
  11. Soalan-soalan merentasi beberapa tajuk atau sub tajuk untuk lahirkan calon yang lebih komprehensif pengetahuan geografi.
  12. Pelbagaikan jenis soalan untuk tinggikan kebolehpercayaan ujian.
  13. Seelok-eloknya disemak.
  14. Ujian esei lebih sesuai untuk uji kebolehan pelajar aplikasi, analisis, dan sintesis.


 

KELEBIHAN UJIAN ESEI

  1. Secara relatif mudah dibina dan diuruskan , bilangan soalannya sedikit.
  2. Kurangkan tekaan jawapan.
  3. Uji dan ukur keupayaan mental seperti kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
  4. Uji keupayaan menggunakan pengetahuan bukan keupayaan mengingat fakta.
  5. Galak pelajar kembangkan fikiran – kemukakan idea – beri ulasan dsb.
  6. Galak keaslian penulisan.
  7. Tingkatkan kemahiran berbahasa seperti menulis atau mengarang, penggunaan bahasa (tatabahasa, ejaan).
  8. Kembangkan kemahiran penyelesaian masalah.
  9. Berguna untuk kesan punca kelemahan, salah tafsiran dan konsep yang samar.
  10. Bolehkan pelajar guna pengetahuan dan kemahiran mereka yang hampir.


 

KELEMAHAN UJIAN ESEI

  1. Isi kandungan yang boleh diukur terbatas.
  • Tidak menyumbang kepada sampel isi yang luas.
  • Kemungkinan pelajar – ramalannya 'spot' tepat.
  1. Subjektiviti dalam permarkahan – bergantung kepada pemeriksa.
  • Berbeza, markah beza lenient atau tidak.
  • Pemeriksa sama, masa dan mood beza, markah beza.
  • Bias.
  1. Kurang berkesan untuk ukur fakta pengetahuan.
  2. Pemeriksaan lambat, sukar dan bosan.
  3. Perlukan kemahiran pemeriksa, tidak boleh dimarkat dalam mesin.
  4. Menghukum pelajar yang lemah dalam bahasa.


 

KELEMAHAN BOLEH DIATASI DENGAN

  1. Masa dan perhatian diberikan semasa menyusun peperiksaan.
  2. Pemeriksaan oleh guru yang berpengalaman.
  3. Penggunaan skema pemarkahan dan prosedur pemarkahan yang khusus.
  4. Moderator atau penilai kedua bagi yang marginal.
  5. Elak dari mengenal calon.
  6. Periksa ikut soalan bukan ikut calon (elak kesan bawa ke depan).


 

BENTUK SOALAN (STPM)

  1. Ujian pengetahuan
  • Takrifkan, huraikan, perihalkan, galurkan, nyatakan, namakan.
  1. Uji kefahaman
  • Jelaskan, terangkan
  1. Uji kebolehan sintesis
  • Kategorikan, rumuskan
  1. Uji kebolehan menganalisis
  • Analisiskan, bezakan, bandingkan, asingkan.
  1. Uji kebolehan calon menilai
  • Ulaskan, sejauhmanakah, adakah, nilaikan.


 

CARA PEMARKAHAN ESEI

Cara analitik

  • Garis panduan atau senarai unsur yang akan atau diterima sebagai jawapan yang ideal, tetapkan bilangan mata atau markah bagi setiap unsur, pemberatnya, mungkin tidak sama.
  • Guru cari unit atau unsur dan beri markah.
  • Ada unsur atau isi yang munasabah boleh diterima.(tapi markah berdasarkan jumalah isi maksimum yang diperlukan sahaja. – lebih sesuai untuk jenis gerak balas terhad.

Kebaikan

  • Boleh diperiksa oleh bukan pakar, memudahkan guru tentukan jawapan pelajar.
  • Boleh diberi kepada pelajar selepas…

Kelemahan

  • Masa yang panjang untuk cari isi atau unsur, keghairahan mencari isi atau unsur-abai yang berkaitan dengan bahasa.


 

Cara holistik

  • Keseluruhan kualiti respon pelajar
  • Tidak dianalisis isi secara khusus
  • Lebih sesuai untuk jenis gerak balas lanjutan; kebolehan pelajar mensintesis atau mengemukakan pandangan.
  • Jimat masa pemeriksaan

Kelemahan

  • Perselisihan dalam memberi markah berasaskan pertimbangan guru atau pemeriksa.
  • Pemeriksaan perlu konsisten.
  • Tentukan lebih awal kategori kualiti seperti A,B,C,D,E dan 5, 4, 3,2,1
  • Seeloknya guru baca setiap jawapan dan kategorikan , kemudahan baca semula untuk pastikan kategorikan betul
  • Guru perlu ada definisi atau kriteria jawapan A.B.C.D.E

Tiada ulasan: