Sabtu, 12 April 2008

Mengapa dan bagaimanakah masalah di Balkan mengakibatkan perang umum di antara kuasa-kuasa besar Eropah?

Masalah di Balkan

Bermula sejak 1908. Gerakan Turki Muda memberontak menentang pemerintah. Menurut pemerintahan berpelembagaan liberal mengikut garis-garis barat. Mendapat sokongan daripada tentera Turki. Pemerintah terpaksa mengalah dan memenuhi tuntutan itu. Revolusi Turki Muda berjaya.

Peperangan di Balkan

Kesan daripada revolusi Turki Muda. Perpecahan dalam kalangan negeri-negeri di Semenanjung Balkan, Bosnia dan Herzegovina disatukan di bawah Austria dengan Serbia. Rusia menyebelahi Serbia. Jerman memberi amaran kepada Rusia jika menyerang Austria. Pembentukan liga Balkan – Greek, Serbia, dan Bulgana takluk Bandar Adrianopie. Perang kedua antara Serbia dengan Bulgana merebut wilayah Macedonia. Serbia menang dengan bantuan Rumania dan Turki.

Permusuhan Austria dengan Serbia

Cita-cita Serbia menubuh kesatuan dengan Bosnia dan Herzegovina. Langkah Austria memasukkan Bosnia ke dalam empayarnya untuk menyekat cita-cita Serbia. Austria mahu kuasai wilayah yang bersambung di Semenanjung Balkan dan Laut Adriantik hingga ke Laut Aegean. Austria minta bantuan Itali untuk serang Serbia namun gagal. Jerman beri jaminan sokongan kepada Austria.

Peristiwa Sarajevo 28 Jun 1914

28 Jun 1914 – Putera Makhota Austria telah dibunuh semasa lawatan di Sarajevo. Austria menuduh orang Serbia yang bertanggungjawab. Austria menerima sokongan Jerman untuk serang Serbia. Pada julai 1914, Austria telah mengisytiharkan perang ke atas Serbia.

Penglibatan kuasa-kuasa besar

Rusia telah berjanji untuk membantu Serbia telah mengarahkan tenteranya. Jerman memberi amaran supaya Rusia menarik balik langkah tersebut namun Rusia enggan. Pada Ogos 1914 Jerman isytihar perang ke atas Rusia. Perancis menyebelahi Rusia, maka Jerman mengisytiharkan perang ke atas Perancis. Jerman telah melanggar persetiaan Belgium. Britain isytihar perang ke atas Jerman pada 4 Ogos 1914 dan peperangan meletus sehingga 1918.

Tiada ulasan: