Secara umumnya, Revolusi Perancis 1789 berprinsipkan menolak nilai-nilai yang termaktub dalam sistem feudal dan melahirkan kedaulatan rakyat iaitu mewujudkan kesamaan hak dan persaudaraan manusia dan Napoleon Bonaparte adalah tokoh ulung yang dianggap sebagai penggerak revolusi ini. Namun anggapan ini mungkin hanya dapat diterima pada peringkat awal kemunculannya dalam arena politik Perancis pada waktu itu. Dakwaan Napoleon sebagai pengkhianat revolusi ini ada kebenarannya jika dilihat pada peringkat lewat pemerintahannya setelah mempunyai kedudukan yang kukuh dalam tampuk pemerintahan utama.
Pencabulan paling ketara ialah pembentukkan pemerintahan yang berlandaskan kerabat dan keturunannya sendiri. Hal ini mencemarkan prinsip kesamarataan revolusi yang telah disarankan sejak sekian lama. Semua saudara lelakinya melainkan Lucien Bonaparte telah diberikan takhta. Joseph Bonaparte mula-mulanya menjadi Raja Naples dan kemudian menjadi Raja Sepanyol. Louis Bonaparte pula menjadi Raja Belanda dan Jerome Bonaparte menjadi Raja Westphaha. Walhal menurut Markham, semua adik beradik Napoleon Bonaparte yang menjadi raja sebenarnya tidak mempunyai kebolehan yang sesuai. Malah seseorang yang ada pertalian dengan Napoleon Bonaparte disebabkan oleh perkahwinan dengan ahli keluarganya turut mendapat keistimewaan. Kesilapan ini telah mengkhianati jaminan yang diberikan rakyat kepadanya.
Napoleon Bonaparte juga telah melanggar cita-cita revolusi dengan anugerah Legion of Honour pada 1802. Beliau juga telah memperkenalkan semula gelaran yang boleh di warisi pada tahun 1808 dengan tujuan untuk memelihara taraf pegawainya dan menambat hati mereka untuk setia kepada pemerintahannya. Peraturan tahun 1808 telah membolehkan pewarisan gelaran seperti yang telah berlaku pada zaman sebelum revolusi 1789, Napoleon sendiri mengarahkan mereka yang menerima gelaran tersebut berikrar menyerahkan diri sepenuhnya kepada perkhidmatan republik. Hal ini sebenarnya menunjukkan bahawa usahanya untuk menyelamatkan negara dan pemerintahan yang mempunyai ciri-ciri feudal itu sudah kembali kepada system lama itu.
Kemunculan Napoleon Bonaparte dalam era politik Perancis yang dimulai dengan siri-siri peperangan yang sistematik di bawah kepimpinanya dan tampuk pemerintahannya yang rapi menunjukkan memang tidak dapat dinafikan bahawa beliau adalh seorang perwira revolusi, berani, tangkas dan berkeupayaan menjalankan amanah memegang prinsip revolusi Perancis 1789. Walaubagaimanapun harus disedari Napoleon Bonaparte sebenarnya mempunyai rancangannya sendiri di sebalik kejayaan yang telah ditempa selama ini. Polisi-polisi yang telah dilaksanakan sewaktu mentadbir Perancis adalah semacam memiliki motif tertentu untuk mencapai apa yang difikirkan dalam membina wangsanya sendiri. Untuk itulah beliau terpaksa dan telah menyeleweng dari prinsip asal revolusi tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan