Sabtu, 12 April 2008

Apa itu revolusi?

Revolusi perancis telah mengakibatkan beberapa perubahan penting dalam sistem politik dan sosial masyarakat Eropah. Revolusi tersebut menghapuskan sistem politik dan sosial lama Eropah yang dikenali sebagai Aucient Regime.

Revolusi perancis juga telah mempengaruhi tindakan dan pemikiran manusia buat beberapa generasi. Moto revolusiner perancis ialah “Kebebasan, Persamaan, dan Persaudaraan” (Liberty, Equality and Fraternity)

Mengapa revolusi Perancis meletus pada tahun 1798?

Revolusi perancis merupakan satu peristiwa yang meragut banyak manusia. Garis pemisah antara order lama dan order baru pemerintahan feudal dan golongan bangsawan dihapuskan. Ianya berakar umbi sejak pemerintahan Raja Louis ke -16.

Faktor luaran revolusi ini ialah bermulanya apabila Perancis terlibat dengan perang kemerdekaan Amerika yang menuntut kebebasan daripada jajahan Britain. Perancis telah memberikan bantuan kewangan dan ketenteraan. Sokongan ini telah memberi idea kepada golongan tentera dan cendekiawan untuk menuntut keadilan mengikut fahaman demokrasi bagi membentuk sebuah negara demokrasi manusia dilahirkan bebas.

Faktor luaran kedua ialah disebabkan revolusi perindustrian 1750 di Britain yang memperlihatkan penciptaan alat penenun kain dan enjin wap. Wujud kilang-kilang di Perancis lalu melahirkan golongan pekerja di kawasan Bandar. Mereka sering berbincang tentang masalah yang timbul.

Faktor luaran yang ketiga ialah pengaruh England. Corak kehidupan lebih baik jika dibandingkan di Perancis. Idea-idea ahli philosop banyak mempengaruhi corak pemikiran ahli pemikir Perancis (Voltaire, Montesquieu, Roseau. Kebanjiran surat khabar dan makalah ‘club’ yang banyak membincangkan tentang pelbagai isu seperti politik, ekonomi dan sosial.
Faktor dalaman adalah seperti faktor enlightenment. Ianya dipelopori oleh Descartes, Montesquieu, Voltaire dan Rousseau. Idea yang mempersoal dan mengecam peraturan lama, pemikiran kristian dan amalan feudal. Pergerakan ini wujud ekoran revolusi dalam bidang sains ( F. Bacon, Galileo, Newton). Penafian tentang unsur ghaib yang ada dalam agama kristian.

Zaman kesedaran boleh dibahagikan kepada 3 tahap. Tahap yang pertama ialah pergeseran antara pendukung dengan pemerintah, kemudian dengan penghasilan karya-karya seperti Spirit of Laws oleh Montesquieu (1746-1770) dan tahap ketiga dengan penyebaran idea (1770-1790) yang bersifat revolusiner. Mereka inginkan kuasa pemerintah kepada yang mahir dalam konsep sekular kesedaran. Golongan petani ditindas dengan dikenakan cukai seperti cukai seperti cukai taille, poltax, vingtieme, dan gabelle.

Faktor dalaman seperti sosio-ekonomi iaitu kewangan dan kemelesetan ekonomi. Berlaku pertambahan penduduk 18 hingga 25 juta pada kurun ke-18. Kedudukan barangan melonjak contohnya pada 1789-1789 harga barang naik 65 peratus tetapi gaji hanya naik 1 per 3 daripada harga barang. Hasil tuaian pada 1787-1788 meleset akibat bencana alam. Masalah kewangan akibat terlibat dengan beberapa peperangan seperti Spanish Succession ( 1702-1713), perang kemerdekaan Amerika ( balas dendam terhadap Britain ketika kalah dalam perang 7 tahun). Dalam peperangan ini, Perancis mengalami deficit sebanyak $50 juta livres dan meningkat kepada $112 juta ketika livres ketika pemerintahan Louis XVI (1786). Pada 1780-an, ekonomi Perancis semakin dekat. Hasil pertanian semakin merosot. Kedudukan penduduk tidak dapat dipenuhi. Harga barang semakin mahal. Gaji rendah atau dibuang kerja. Cukai tidak dapat dikenakan kepada rakyat. Cukai dikenakan kepada golongan pertama dan kedua yang menyebabkan mereka membantah.

Seterusnya ialah disebabkan kuasa politik. Wakil tempatan dikehendaki menyenaraikan cahier untuk dikemukan di dewan Negara pada 5 mei 1789 tetapi tuntutan mereka tidak di layan. Keadaan ini mengakibatkan gologan bawahan tidak dibenarkan menghadiri persidangan yang meyebabkan mereka mengisytiharkan diri mereka sebagai Dewan Kebangsaan.
Faktor dalaman seterusnya ialah kelemahan raja Louis ke-16 iaitu yang tidak suka membantah. Selain itu, pentadbiran cukai semasa zaman pemerintahan beliau tidak selaras dan sistem undang-undang berlainan contohnya di utara menggunakan common law dan di selatan guna kanun roman. Semasa pemerintahannya juga berlaku krisis kewangan yang mengenakan cukai terhadap estet kedua dengan syarat mereka diberi jawatan penting dalam pentadbiran. Selain itu, kesilapan persidangan parlimen yang tidak bersidang sejak 1614 membuka peluang kepada rakyat untuk bertindak dan membaiki nasib mereka. Raja Louis juga terpengaruh dengan ratu Marie Antomette yang mempunyai hubungan baik dengan Austria, suka membazir dan komplot dalam pemecatan Menteri Kewangan

Faktor seterusnya ialah persaingan kuasa Britain dan Perancis. Semasa peperangan Britain dan Amerika, Perancis telah memberi bantuan kewangan dan ketenteraan yang menyebabkan rakyat menjadi mangsa dengan mengenakan cukai untuk menampung kos.
Seterusnya ialah dengan adanya perhubungan yang terbaik di Eropah, membolehkan perjumpaan dan perbincangan dapat dilakukan hingga mencetuskan revolusi Perancis.

Tiada ulasan: