Sabtu, 12 April 2008

Sejauh manakah Napoleon merupakan pejuang revolusi Perancis?

Memang tidak dinafikan bahawa Napoleon Bonaparte adalah pejuang revolusi Perancis. Hakikat ini dapat dilihat apabila beliau telah melaksanakan segala apa yang tidak terlaksana di dalam revolusi Perancis. Revolusi Perancis yang menuntut reformasi di dalam pelbagai aspek pemerintahan itu telah dengan jayanya dilaksanakan oleh Napoleon. Aspek-aspek tersebut mencakupi bidang politik dan pentadbiran, ekonomi, sosial dan agama.

Melalui bidang politik dan pentadbiran kita dapat melihat penggulingan orde lama dan pembinaan orde baru yang melihat kepada termetrainya satu perjanjian bersepadu yang menyatukan rakyat Perancis. Kebebasan politik juga diamalkan dengan hak politik yang tidak terhad kepada golongan tertentu namun tidak boleh bersifat pengacau atau bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat Perancis.

Penubuhan Kanun Napoleon untuk menjamin tujuan sosial revolusi tercapai iaitu menekankan persamaan taraf kebebasan kepercayaan agama, kebebasan individu memilih pekerjaan iaitu tanpa sekatan feudal dan kuasa politik dan negara lebih dominan daripada kuasa gereja.

Napoleon memperkenalkan sistem prefect iaitu pemansuhan semua pembahagian daerah lama mengikut kepentingan digantikan dengan kerajaan tempatan. Ketua pentadbir digelar prefect dibantu pasukan polis rahsia yang diketuai oleh Fauche. Dari segi aspek perundangan, reformasi undang-undang dilakukan dalam perdagangan yang mengamalkan lasses faire dan pengharaman monopoli. Undang-undang sivil berkait perkahwinan, penceraian, pemilikan harta dan anak telah dibentuk bagi menjamin keamanan dan keadilan. Manakala undang-undang jenayah pula memberi peluang kepada orang yang didakwa untuk membela diri dan hanya terbukti bersalah jika kedapatan bukti yang mengsahihkan kesalahannya dan hukuman setimpal dan adil dengan jenayah yang dilakukan.

Melalui bidang sosial pula, pendidikan terbuka diperkenalkan dengan menubuhkan lycees iaitu sekolah yang berada dalam kawalan kerajaan sepenuhnya untuk memenuhi objektif melahirkan rakyat Perancis yang taat setia dan patuh kepada idea tentera. Selain itu, tertubuhnya Universiti Perancis dan Kementerian Arahan Awam Pusat untuk mengawasi semua hal ehwal pendidikan di Perancis. Napoleon juga menghapuskan sistem feudalism, kebebasan akhbar diperketatkan dan Kemententerian Polis dipulihkan. Bidang ketenteraan dinaik taraf dengan penubuhan sekolah tentera untuk melatih rakyat agar cekap dalam hal ehwal ketenteraan dan membekalkan sistem kerahan untuk babitkan diri dalam peperangan.

Dalam bidang ekonomi penghapusan cukai tidak adil seperti cukai garam, cukai tanah dan lain-lain. Pelantikan golongan professional dibuat untuk mengutip cukai dan dibayar gaji. Sistem pemilikan tanah yang lebih adil dan peluang pekerjaan yang banyak.

Dalam bidang agama pula, Permusuhan antara agama dihapuskan dengan penyelesaian yang realistik dan fahaman pemerintahan beraja dengan fahaman gereja dipisahkan. Sistem pembayaran gaji kepada biskop yang dilantik oleh kerajaan dan disahkan oleh Paus. Pada April 1802, Napoleon memasukkan ‘concordat’ ke dalam undang-undang beragama yang mencakupi agama-agama lain serta menambahkan peruntukan yang meletakkan golongan paderi di bawah kawalan ringan negara.

Kesimpulan

Berlandaskan kepada segala reformasi yang dilaksanakan Napoleon Bonaparte semasa menjadi pemerintah Perancis dalam bidang politik pentadbiran, ekonomi dan agama maka bolehlah dikatakan di sini bahawa beliau merupakan ejuang revolusi Perancis dan beliau telah berjaya memanisfestasikan segala yang warwarkan ketika meletusnya revolusi Perancis yang tidak kesampaian.

Tiada ulasan: