Ahad, 13 April 2008

KULIAH 3 PPG 316-KAEDAH MENGAJAR GEOGRAFI 2

Pengajaran Geografi Melalui Kajian Lapangan

‘the more observant he is, the more he will understand’

‘Pengalaman pertama tentang persekitaran Melalui kerja amali yang didorong oleh perasaan ingin tahu dan penemuan’ – Acher, J.E dan Dalton, T.H (1970:11)

‘kerja lapangan menyediakan peluang yang baik untuk menunjukkan proses-proses fizikal; mendorong penjelasan sebab dan akibat; meransang pelajar untuk melawat atau mengembara dan melihat’ – Jones,P.Alun (1968)

Minat pelajar dalam geografi dpat ditingkatkan jika mereka dibenarkan untuk mencari fakta-fakta untuk mereka sendiri.

Peluang kepada para pelajar untuk menerima kepelbagaian ‘practical experiments’

Peluang kepada pelajar untuk menjadi peserta yang aktif dalam memperoleh pengetahuan.

Membolehkan mereka menguruskan peralatan saintifik dan pengiraan yang berhati-hati untuk mendapatkan keputusan. Keupayaan mereka dalam hal-hal tersebut akan memberi keyakinan diri, dan kejayaan dalaman yang akan menggalakkan mereka melakukan kerja-kerja yang lebih mencabar.

Meningkatkan perasaan ingin tahu.

Menjadi pemerhati dan pencatat rekod yang tepat

Membantu membuat interprestasi tentang ciri-ciri geografi melalui pengalaman peribadi seperti kaitan antara tanah dan pertanian, lokasi dan petempatan.

Memahami kolerasi antara fizikal dan kemanusiaan persekitarannya.

Memperkembangkan watak dan kualiti kepimpinan dalam kumpulan.

Memantapakan lagi asas pembelajaran yang diajarkan secara teori di dalam bilik darjah.

Membantu mempertingkatkan pemahaman pelajar.

Mendekatkan lagi pelajar kepada fenomena fizikal tempatan dan menimbulkan kesedaran kepada mereka tentang bagaimana fenomena fizikal tersebut mempengaruhi aktiviti serta tindakan manusia di tempat tersebut.

Memupuk rasa tannggungjawab di kalangan pelajar apabila mereka didedahakan kepada kerja-kerja yang memerlukan kerjasama setiap peserta untuk menjayakannya.

Mengajar pelajar kemahiran melakukan pengukuran (kumpul data) di lapangan, menganalisis data.

Mempersembahkan dalam bentuk jadual, peta dan gambar rajah, membuat interprestasi, mengsintesis, dan merumus dalam bentuk penulisan yang teratur.

Pendekatan Kerja Lapangan

Everson (1973) kenal pasti 2 pendekatan:
1. Pendekatan tradisional
2. Pendekatan Kajian luar

Tradisional

Merujuk kepada Pengajaran di lapangan

Guru mengarahkan supaya pelajar mencerap dan memerhati sesuatu elemen alam sekitar sambil memberi penerangan yang panjang lebar tentang elemen tersebut.

Pelajar diharap mencatat nota tentang apa yang disampaikan oleh guru. Hanya sedikit peluang untuk input reaksi pelajar.

Dalam sesetengah Keadaan pelajar diminta untuk memerhati dan membuat deskripsi tentang alam sekitar dan kemudiaanya memberi penjelasan berdasarkan maklumat yang diperoleh.

Kajian Luar

Melibatkan 3 proses : pencerapan,penerangan dan penjelasan dengan menumpukan kepada penyelesaian masalah dengan menggunakan kaedah yang biasanya digunakan oleh ahli geografi yang terlibat dalam penghuraian bersifat siantifik.

Kerja Luar dalam Silibus

Menengah rendah
Contoh 1
-Permulaan mengenal kartografi dengan memeta bilik darjah, padang permainan dan kawasan rumah.
-Mengira jenis dan bilangan kenderaan (kemahiran geografi)
-Permulaan menghargai kaji iklim dengan membuat pemerhatian dan merekod.

Tumpuan Kajian
ASF: pengaruh sesuatu fenomena fizikal terhadap aktiviti manusia
ASM: Dampak alam sekitar sebagai hasil pembangunan aktiviti manusia.

Langkah-langkah pelaksanaan Kajian luar
- Sebelum Kajian luar ( aktiviti guru)
- Semasa Kajian luar (aktiviti pelajar)
- Selepas Kajian luar (aktiviti pelajar)

Persediaan awal:
- Tinjauan
- Tajuk dan lokasi
- Prosedur (untuk keselamatan atau keselesaan dan kelicinan kerja)
- Peralatan

Aspek-aspek penting yang perlu diperhatikan dalam Kajian luar

Perkara-perkara yang perlu dikaji oleh pelajar oleh pelajar bagi mana-mana tajuk yang dipilih.
-Penentuan bentuk sesuatu fenomena fizikal atau jenis aktiviti yang hendak dikaji.
-Penentuan lokasi yang sesuai di mana Kajian akan dilakukan.
-Penilaian Secara ringkas tentang proses-proses yang terlibat dalam mewujudkan sesuatu fenomena fizikal atau aktiviti manusia dalam pembangunan.
-mengenal pasti dampak alam sekitar terhadap aktiviti manusia dan dampak aktiviti manusia terhadap alam sekitar.
-Mengenal pasti Kesan balas hasil aktiviti pembangunan manusia terhadap alam sekitar dan Kesan balas alam sekitar yang terjejas terhadap kehidupan manusia.
-Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi sesuatu masalah atau Meningkatkan kegunaan sesuatu fenomena yang dikaji

Tranter (98), Lonergan dan Andresen (98), Kerja Lapangan dapat capai objektif pendidikan:
- Memperkembangkan kemahiran pemerhatian.
- Memudahkan pembelajaran Melalui pengalaman.
- Menggalakkan pelajar bertanggungjawab kepada pembelajaran kendiri.
- Memperkembangkan kemahiran anatikal
- Pengalaman Kajian sebenar
- Memperkembangan penghargaan kepada alam sekitar
- Memperkembangkan kemahiran personal
- Memecahkan halangan.

Aktiviti sebelum Kajian luar

Aktiviti guru

- Buat keputusan tentang Kajian luar
- Ulangi pengetahuan dan kemahiran yang menjadi prasyarat kepada Kajian luar
- Tentukan peraturan sekolah dan jabatan pendidikan dipatuhi.
- Beritahu pelajar dan ibu bapa tentang tujuan, kos dan kehendak-kehendak lain.
- Buat penempatan tempat dan pengangkutan jika diperlukan
- Beri taklimat kepada semua pihak terlibat.
- Sediakan senarai nama pelajar tentang orang yang akan dihubungi jika berlaku kecemasan

Aktiviti pelajar

- Tentukan tujuan Kajian luar diketahui dengan jelas. Jika perlu, libatkan diri dalam menentukan tujuan kajain luar.
- Berusaha menguasai pengetahuan dan kemahiran yang menjadi prasyarat kepada Kajian luar.
- Pelajari teknik-teknik mengumpul maklumat.

Semasa Kajian luar

Aktiviti guru

- Menyelia aktiviti pelajar
- Membantu pelajar bila diperlukan
- Mengarah pelajar Melalui soalan ‘apa’ dan ‘bagaimana’
- Beri maklumat tambahan jika perlu pada masa itu

Aktiviti pelajar

- Cerap Secara terus seperti menamakan, mengenal
- Kumpul dan catat maklumat
- Buat analisis dan catat maklumat
- Buat analisis dan tafsir peringkat awal
- Guna teknik-teknik kerja amali seperti melakar, buat keratan rentas, buat peta dan lain-lain.
- Menyedari pengamatan sendiri dan orang lain.

Selepas Kajian Luar
Aktiviti guru

- Buat penilaian ke atas seluruh pengalaman Kajian luar termasuk hasil pengelolaan dan hasil pembelajaran.
- Suruh pelajar rujuk sumber-sumber lain untuk mengesahkan dapatan mereka.

Aktiviti pelajar

- Proses maklumat yang diperoleh
- Buat Kesimpulan umum berdasarkan maklumat yang terkumpul
- Semak dapatan dengan pelajar lain.
- Bincangkan isu-isu yang mengelirukan
- Buat Kajian terhadap persoalan yang belum terjawab
- Persembahkan hasil Kajian pembelajaran.

Tiada ulasan: